Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

BERITA

Jom Tuntut RM30 E-Tunai Rakyat Dengan E-Wallet


Pengguna servis e-wallet boleh menikmati pemberian RM30 e-tunai dalam e-wallet masing-masing daripada mana-mana tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost, dan Touch 'n Go, mulai 15 Januari 2020, jam 8.00 pagi esok. 

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, kerajaan memperuntukan RM450 juta bagi tujuan itu di bawah pelaksanaan program e-Tunai Rakyat. Lim berkata, wang RM30 itu boleh dibelanjakan untuk semua barangan dan perkhidmatan yang terdapat melalui platform pengendali terpilih. Beliau berkata, inisiatif e-Tunai Rakyat itu dibentuk bagi meluaskan lagi penggunaan pembayaran digital dalam kalangan pengguna dan peniaga, terutamanya dalam sektor runcit.

Seramai 15 juta pengguna dijangka akan memperoleh manfaat daripada insiatif kerajaan tersebut. Tuntutan boleh dibuat sehingga 14 Mac 2020.

Apakah Program Inisiatif e-Tunai Rakyat?

Program Inisiatif e-Tunai Rakyat merupakan rancangan anjuran kerajaan yang bertujuan menggalakkan penggunaan pembayaran digital di kalangan rakyat Malaysia. Setiap pengguna e-wallet yang layak akan menerima kredit e-tunai bernilai RM30 sebagai insentif di bawah program ini.

Siapakah Yang Layak Menerima e-Tunai Rakyat?

  • Warganegara Malaysia
  • Berusia 18 tahun ke atas
  • Berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun

Bagaimana Nak Tuntut e-Tunai Rakyat?

Insentif e-Tunai Rakyat boleh dituntut secara langsung melalui 3 platform pengendali e-wallet terpilih iaitu Grab, Boost, dan Touch 'n' Go. Caranya ialah dengan memuat turun aplikasi e-wallet (sekiranya belum ada lagi) dan memberikan butiran maklumat kad pengenalan untuk pengesahan kelayakan. RM30 akan dikreditkan dalam akaun e-wallet setelah disahkan layak oleh platform pengendali. 

*Grab akan memasukkan kredit RM30 dalam sehari selepas pengesahan.

Bolehkah Saya Tuntut Insentif RM30 e-Tunai Rakyat Lebih Daripada Satu Platform e-Wallet?

Tidak boleh. Pengguna hanya dibenarkan menuntut insenti tersebut sekali sahaja daripada salah satu platform pengendali e-wallet terpilih.

Bilakah Tarikh Luput Penggunaan Insentif e-Tunai Rakyat?

Insentif e-Tunai Rakyat boleh digunakan untuk transaksi digital mulai 15 Januari hingga 14 Mac 2020. Mana-mana kredit RM30 yang tidak digunakan selepas 14 Mac 2020 akan dilupuskan. Insenti tersebut juga tidak boleh dipindahkan kepada akaun orang lain (harus digunakan melalui akaun e-wallet sendiri).

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

1 Komen:

sHaRiNa berkata...

blm claim lg..nnt la lg pun lama lg nak expired kan hihih..tgu redah dlu line xberapa ok klu claim skg

Dikuasakan oleh Blogger.