PERSONAL

Majikan Paksa Staf Tukar Tempat Kerja Sebelum Tahun Baru Tanpa Notis


Apa nak buat sekiranya anda tiba-tiba ditukarkan tempat kerja tanpa menerima sebarang memo, atau surat bertulis hitam putih, atau perbincangan oleh pihak pentadbiran? Semua urusan pertukaran dibuat melalui telefon dan PA saja tanpa maklumkan pada staf. Staf pun tak tahu kena pindahkan ke mana. 

Bayangkan baru hantar KPI atau kerja untuk dinilai tiba-tiba kena tukar pada minggu sebelum Tahun Baru, kemudian kerja yang telah disiapkan tak mahu dinilai oleh majikan di atas alasan surat perpindahan dah keluar? Padahal staf tak tahu-menahu serta belum memberi persetujuan langsung tentang perpindahan tersebut!

Penulis syak ada operasi kerajaan sedang cuba menolak ramai penjawat awam ke arah VSS sejak tertangguhnya pemansuhan elaun kritikal. Kalau berhentikan staf, jabatan terpaksa bayar pampasan yang tinggi. Jadi mereka bagi dua pilihan, transfer atau berhenti. Kalau transfer, gaji tetap masuk tapi status staf jadi floating di tempat kerja baru kerana tiada job scope. Last-last dah tak tahan terpaksa ambil VSS.

Akhirnya berjayalah kerajaan melahirkan lebih ramai lagi penganggur graduan professional dari kalangan doktor dan engineer.

Dah tengok filem Tamil Vellaiilla Pattadhari?

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

3 Komen:

cikguzim berkata...

Kena tukar nasib tak kena buang..

YunFila berkata...

@cikguzim kalau buang staf profesional majikan terpaksa membayar pampasan yang tinggi

Ciktie berkata...

adoiii, kesiannya..

Dikuasakan oleh Blogger.