INFO

Fakta Tentang Polio


Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan penemuan semula polio setelah negara bebas daripada penyakit tersebut semenjak 27 tahun yang lalu. Terbaru, di Sabah seorang bayi berusia 3 bulan disahkan dijangkiti virus polio akibat mengalami demam diikuti lemah anggota badan. Pihak hospital mengesahkan bayi terbabit dijangkiti vaccine-derived polio virus type 1 (VDPV1).

APA ITU POLIO?

Menurut myhealth.gov.my polio atau poliomyelitis berpunca daripada jangkitan virus polio (poliovirus) yang merosakkan sistem saraf pusat. Virus ini biasanya menyerang kanak-kanak berumur bawah  tahun yang belum menerima kitaran imunisasi lengkap, namun begitu orang dewasa juga tidak terkecuali daripada serangan penyakit ini. Terdapat 3 jenis poliovirus: PV 1, 2 dan 3 (genus Enterviruses). PV 2 telah dibasmi sejak tahun 1998.


CARA POLIO BERJANGKIT

Jangkitan virus polio berlaku apabila kawasan penghunian tercemar dengan kekotoran najis dan air tidak bersih. Virus polio boleh merebak daripada najis melalui air, sentuhan dan makanan. Saluran pencernaan mangsa dicemari virus yang berpunca daripada najis individu dijangkiti virus polio. Virus akan merebak sehingga ke kelenjar limfa, dan dalam kes tertentu ia merebak hingga ke sistem saraf pusat. Sekiranya sistem saraf pusat diserang, mangsa boleh menjadi lumpuh.

SIMPTOM POLIO

Tanda dan gejala ringan yang ditemui pada sebilangan mangsa yang dijangkiti ialah demam, letih dan lesu, sakit kepala, loya, masalah pernafasan dan muntah, yang berlangsung hingga selama 10 hari. Bagi kes yang serius di mana virus menyerang sistem saraf pusat, mangsa akan mengalami sakit otot dan kejang di bahagian leher dan belakang sebelum menjadi lumpuh. Biasanya pesakit akan mengalam demam sebelum sebelum lumpuh, dan bahagian kaki paling kerap terjejas berbanding tangan. Keadaan lumpuh adalah kekal dan boleh mengancam nyawa.


RAWATAN POLIO

Tiada ubat boleh menyembuhkan keadaan lumpuh akibat polio, namun polio boleh dicegah melalui penerimaan vaksin lengkap. Rawatan fisioterapi boleh dijalankan bagi melatih menguatkan fungsi otot anggota badan yang lain.

CARA MENCEGAH POLIO

  • Basuh tangan dengan air bersih dan sabun selepas menggunakan tandas.
  • Pastikan sistem tandas mempunyai sistem kumbahan yang lengkap dan bersih.
  • Panaskan air minuman sehingga takat didih sebelum diminum.
  • Minum air yang dibotolkan dan pastikan penutup botol tidak terbuka atau berkarat.
  • Elakkan makan makanan terdedah yang dijual di tepi jalan.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

KOMEN TERBARU

Powered by Blogger.