Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

VIRAL

Wanita Hamil Dibelasah Pembenci Islam


Seorang wanita Muslim yang sedang hamil 38 minggu diserang secara tiba-tiba oleh seorang lelaki warga Australia di dalam sebuah kafe di bandar Sydney. Rakaman melalui kamera CCTV menunjukkan Stipe Lozina, 34, menghampiri dan menghina Rana Elasmar, 31, yang sedang makan bersama rakan-rakan di kafe Bay Vista sebelum menyerangnya pada jam 10:30 pm. 

Beberapa pukulan dan tendangan oleh Lozina menyebabkan Elasmar terjatuh sebelum orang awam menghalangnya. Polis mengesahkan lelaki tersebut memukul kepala wanita Muslim itu sebanyak 14 kali hingga terjatuh dan menendangnya dua kali sebelum diredakan pengunjung lain.

Lozina dikatakan telah membuat kenyataan berunsur kebencian terhadap Islam dan orang-orang Muslim sebelum bertindak melakukan serangan terkutuk itu.

Dilaporkan bahawa Elasmar dan bayi dalam kandungannya selamat namun dia mengalami trauma atas insiden terbabit. Sementara itu, Lozina telah didakwa di atas kesalahan melakukan serangan dengan bertujuan hendak mencederakan mangsa dan dikenakan hukuman penjara sebulan. Pihak polis enggan memberi komen mengenai motif Lozina tetapi mengesahkan dakwaan lebih berat akan dikenakan terhadapnya.

Australia mencatat 350 kes ancaman keganasan terhadap orang-orang Islam di mana majoriti mangsa terdiri daripada wanita dan remaja perempuan Muslim sepanjang dua tahun ini. 60 peratus daripada serangan berunsur Islamophobia berlaku di tempat-tempat awam yang terbuka.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

1 Komen:

Mrs Pip berkata...

hurm. ni masalah psikologi penyerang tu. kesian kat ibu mengandung tu.
alhamdulillah tak da apa apa.
why la so takut with Islam? and why wanita mengandung jadi piliihan kau nak serang?

Dikuasakan oleh Blogger.