Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

Terkejut Tengok Menu Dome Cafe KLCC Merosot

Masa mengunjungi Petrosains Science Fest di KLCC baru-baru ini, singgah sekejap di Dome Cafe seperti biasa untuk menikmati hidangan set hi-tea sepanjang masa kegemaran penulis. Tetapi alangkah kecewanya rasa bila mendapati perubahan mendadak pada set hi-tea di Dome Cafe yang kini dah menjadi lebih kecil dan rendah kualiti berbanding dahulu walaupun harga masih sama.

Tak menyelerakan betul rupa menu hi-tea dia sekarang...


Bandingkan dengan rupa set hidangan hi-tea asal yang lebih berbaloi dengan harga di bawah...


Bukan setakat dah dikurangkan jenis makanan dalam set hi-tea ini, malah saiz makanan juga telah mengecil. Scone Dome Cafe dahlah sekarang lebih kecil, keras dan sejuk pula tu. Saiz strawberi juga kecil dan Dome Cafe menggunakan strawberi gred murahan. Brownies Dome Cafe sekarang juga rasa keras, kering dan seperti dibuat dengan tepung kek segera murahan - malah kini dipotong lebih kecil. Muffin dia bukan muffin Banana Walnut Chocolate seperti yang diiklankan, tetapi kek pisang kosong biasa yang menyamar sebagai muffin dengan diletak krim di atasnya. Tekstur kek lobak Dome Cafe sangat lembik seolah-olah tak cukup masak. Sandwic tuna mini yang kini menggunakan ban burger juga sejuk, keras dan tidak menyelerakan. 

Harga bagi set hidangan hi-tea yang tak sedap ini masih RM59 tak termasuk cukai dan caj servis (walaupun tiada servis baik yang diterima). Penulis tak marah harga dia nak naik sekali pun disebabkan keadaan ekonomi di bawah pemerintahan PH sekarang ni, tapi janganlah hidang hi-tea yang sangat buruk seperti ini kepada pelanggan. Tak malu ke berniaga di KLCC dengan menu macam *censored*


Padanlah ternampak ada pelanggan di meja berdekatan penulis tak habis makanannya masa dia beredar. Memang rasa menu Dome Cafe KLCC macam celaka. Dahlah servis staf lembab belaka. Nak buat pesanan pun kena tunggu setengah jam. Lepas tu nak minta sudu garfu untuk makan pun kena tunggu setengah jam lagi.

Kalau tak bernasib baik, dapat pula staf budak Melayu yang kerek. Baru kerja jadi waiter di KLCC dah berlagak macam beruk dapat bunga. Mentang-mentang penulis pakai tudung dia layan macam makcik kampung ulu. Penulis dah banyak kali pergi ke kafe-kafe di Eropah tak pernah pun anak orang putih buat muka cemuih bila kita order sky juice dengan dia. Waiter mat saleh yang hensem macam Chris Hemsworth siap offer nak bagi penulis muffin berperisa ganja lagi masa di Amsterdam...


Saja je penulis tunjuk gambar vlaamse frites yang penulis makan semasa duduk di Amsterdam hari tu... ingat budak kerja waiter dengan kerja jaga beg dekat KLCC je boleh kerek?

Akhirnya penulis cepat-cepat pergi buat bayaran di kaunter sebelum rasa marah memuncak. Nasib baik dapat guna diskaun dari GrabPay, jadi kuranglah sikit rasa nak campak meja tu.

Ini rating yang penulis boleh berikan kepada Dome Cafe KLCC.


Selepas tu penulis singgah di Marks & Spencer untuk membeli scones. Lagi berbaloi daripada makan scones kecut Dome Cafe. Entah apa dah jadi dengan Dome Cafe di Malaysia sekarang ni. Makin lama makin merosot dari segi servis dan menu.

P/S: Ini bukan review berbayar sebab siapa yang gila hendak pergi buat review tanpa bayaran bagi kafe yang tak sedap? Akibat menerima terlalu banyak review buruk dari pelanggan yang juga dah terkena di laman FB mereka (3.6 daripada 5 bintang), Dome Cafe KLCC sudah mengalihkan URL ke laman FB Hospital Gleneagles. Kasihan dekat pengomen yang mengadu dapat roti yang menyamar sebagai croissant di Dome Cafe KLCC tu.

1 ulasan:

  1. Great sharing great sharing! Baru lah orang lain tak terkena! Rm60 is not a small.amount to spend kot! Baik makan kat cafe2 biase je kalau gini gayanya! 👍

    BalasPadam