Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

Objek Seperti Boba Atas Planet Marikh


Pada Mac 2004, kira-kira dua tahun selepas perayau Opportunity milik NASA mendarat di planet Marikh, imej suatu objek mirip boba (bebola sagu ubi yang sering dimasukkan ke dalam minuman teh manis oleh kedai-kedai francais seperti Tealive, Chatime, The Alley dan Xing Wu Tang) bertaburan di atas planet Marikh. 

Di samping itu Opportunity juga menemui suatu objek mirip seekor arnab bertelinga panjang berjaya dirakam oleh perayau terbabit. Penemuan ini menggemparkan orang ramai kerana mustahil ada kehidupan yang mampu tinggal di planet yang belum mempunyai sistem tampungan air serta komponen udara terdiri daripada 95% karbon dioksida. Setelah pihak NASA mengamati rakaman tersebut betul-betul, saintis membuat andaian bahawa "boba" tersebut ialah butiran mineral hematit, manakala "arnab angkasa" pula merupakan sisa buangan yang datang dari kenderaan pengangkutan mereka di atas planet Marikh, seperti penebat kapas atau fiber Vectran.


Selain daripada objek mirip boba dan arnab yang dirakam oleh Opportunity, perayau-perayau lain NASA juga telah berjaya merakam pelbagai imej pelik yang ditemui di atas planet Marikh di sepanjang misinya. Antaranya ialah:

Batu berbentuk tubuh manusia.
Ditemui oleh perayau Spirit.
Januari 2008.

Objek mirip tikus atau tupai.
Ditemui oleh Curiosity.
Disember 2012.

Objek berbentuk sfera sempurna seperti bola. 
Ditemui oleh perayau Curiosity.
 September 2014.

Objek mirip tiang lampu trafik.
Ditemui oleh perayau Curiosity.
 September 2014.

Objek mirip kepala robot atau patung berhala.
Ditemui oleh perayau Curiosity.
 September 2014.

Batu berbentuk piramid.
Ditemui oleh perayau Curiosity.
Mei 2015.

Objek mirip ketam di lubang sebuah gua.
Ditemui oleh Curiosity.
Ogos 2015.

Lembaga menyerupai wanita sedang memerhati perayau dari atas bukit.
Ditemui oleh Curiosity.
Ogos 2015.

Objek menyerupai rangka manusia.
Ditemui oleh perayau Opportunity.
Februari 2018.

Kontroversi tentang sama ada wujudnya kehidupan di planet Marikh bermula sejak tahun 1976 apabila pesawat angkasa Viking 1 dan Viking 2 milik NASA secara tidak sengaja telah merakam imej menyerupai wajah manusia di sebuah kawasan dinamakan sebagai Cydonia di muka bumi planet Marikh (gambar di bawah). Para saintis telah mengesahkan bahawa wajah-wajah yang ditemui itu sekadar hasil ilusi optik akibat pencahayaan kawasan sekitar. Tetapi benarkah ia sekadar ilusi optik?


Tiada ulasan