Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

BERITA

Malaysia lwn Indonesia | 2-0 | Kelayakan Piala Dunia 2022 & Piala Asia 2023


Syabas Harimau Malaya! Malaysia menewaskan Indonesia 2-0 menerusi dua gol menakjubkan hasil tendangan kaki kiri magis Safawi Rasid pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Safawi, penyerang Johor Darul Ta’zim yang baru sahaja dinobat sebagai pemain terbaik kebangsaan hujung minggu lalu, menyempurnakan sepakan percuma mengagumkan pada minit ke-30 sebelum meledak gol kedua pada minit ke-73. Keajaiban kaki kiri Safawi Rasid memastikan Malaysia terus bernyawa pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 apabila rembatan bak pelurunya menghadiahkan kemenangan mutlak 2-0 ke atas Indonesia.



Selepas perlawanan itu, peminat di laman sosial rata-rata memuji kehebatan penyerang muda negara itu susulan persembahan hebatnya.


“Dua gol bertaraf dunia menerusi magis kaki kirinya. Itulah sebabnya dia dipilih Pemain Terbaik Tahunan. Safawi Rasid, pemain terbaik perlawanan, tidak ragu-ragu lagi,” komen seorang lagi peminat dalam Twitter.

Perlawanan antara Malaysia dan Indonesia bagi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil berada dalam keadaan terkawal. Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, tiada sebarang unsur provokasi daripada kedua-dua pasukan. 


Namun keadaan berikutnya menjadi sedikit tegang apabila salah seorang penyokong membaling suar di stadium sebaik saja Harimau Malaya berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-29 oleh Safawi Rasid sekaligus mendahului skuad Garuda satu mata di hadapan.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

1 Komen:

ezy.xixii berkata...

tahniah harimau malaya!

Dikuasakan oleh Blogger.