Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

INFO

Enam Kes Suami Terjun Cuba Bunuh Diri Angkara Kerenah Isteri


1. Cuba Terjun Bangunan Sebab Isteri Boros (November 2019)

Gara-gara penangan 'jualan harga runtuh' pada 11.11, seorang lelaki mahu membunuh diri kerana isterinya membelanjakan lebih dari RMB300,000 (RM177,559) membeli-belah secara dalam talian. Pasangan itu dilaporkan bertengkar sebelum lelaki terbabit menuju ke bumbung sebuah apartmen 33 tingkat dan mahu terjun dari bangunan itu. Polis berjaya menenangkannya dalam tempoh 30 minit dan turut meminta dia memikirkan nasib anak kecilnya. Lelaki itu yang menerima bayaran gaji beberapa ribu sebulan sebagai jurujual berjanji akan bekerja lebih keras untuk melangsaikan hutang isterinya. Sebelum ini, isterinya membelanja sebanyak RMB200,000 (RM118,341) dalam talian membeli beg mewah, minyak wangi dan pakaian menggunakan kad kredit atau pinjaman bank. Ketagihan wanita itu membeli-belah bertambah teruk susulan berhenti kerja selepas melahirkan anak pada tahun lalu.


2. Terjun Dari Tingkat 19 Sebab Isteri Merajuk (September 2019)

Tertekan dengan isterinya yang merajuk dan keluar dari rumah meninggalkan dia, seorang lelaki berusia 46 tahun kemudian terjun dari tingkat 19 di Kondominium Mutiara Bandar Perda, Bukit Mertajam. Siasatan polis mendapati lelaki terbabit terjun melalui tingkap kira-kira enam jam selepas isteri dan anak keluar daripada rumah berkenaan.


3. Dari Feri Sebab Tak Tahan Dikongkong Isteri (Julai 2019)

Seorang lelaki nekad terjun dari sebuah feri di George Town, Pulau Pinang kerana tertekan dengan sikap isterinya yang terlalu mengongkong. Lelaki berkenaan dikatakan baru tiba di Butterworth dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas sebelum mengambil feri untuk ke George Town. Bagaimanapun, lelaki terbabit tidak turun di destinasi sebaliknya berpatah balik ke Butterworth dengan feri yang sama. Sebaik tiba di kawasan perairan Butterworth, lelaki itu terjun dari tingkat atas feri terbabit. Mangsa berjaya diselamatkan pasukan bantuan sebelum dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan susulan. Siasatan polis mendapati mangsa tertekan dengan sikap isterinya sehingga kerap kali bergaduh selain perniagaannya merosot. Lelaki yang mendirikan rumah tangga lebih 10 tahun itu turut berdepan masalah bebanan kewangan.


4. Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang Selepas Bergaduh Dengan Isteri (Januari 2019)

Seorang lelaki yang merupakan eksekutif di sebuah syarikat logistik cuba bertindak membunuh dirinya dengan terjun dari jambatan Pulau Pinang. Lelaki itu dan isterinya telah bertengkar sehingga menyebabkan isterinya meminta cerai. Lelaki yang berusia 33 tahun itu telah memberhentikan kenderaan dan terus memanjat tembok jambatan untuk terjun ke bawah lautan. Sejurus selepas lelaki itu terjun ke permukaan air, dia telah diselamatkan oleh sebuah bot nelayan yang kebetulan berada di situ. Anggota bomba turut menghantar sebuah bot untuk menyelamatkan mangsa. Polis telah mengklasifikasikan kejadian tersebut sebagai cubaan membunuh diri.


5. Terjun Dari Bumbung Kerana Tidak Disayangi Isteri Lagi (September 2016)

Hanya kerana isteri sudah tidak menyayanginya lagi, seorang lelaki nekad mahu terjun dari bumbung sebuah rumah inap desa di Jalan Alor Akar, Kuantan. Lelaki berusia 30-an itu duduk di atas bumbung rumah dan mengugut mahu terjun beberapa kali. Pihak Bomba dan Penyelamat Kuantan dipanggil untuk membantu memujuk lelaki terbabit. Namun lelaki itu tidak mengendahkan usaha beberapa anggota bomba yang cuba memujuknya. Sebaliknya dia berulang kali menegaskan bahawa dia mahu mati dan terjun. Pihak bomba terpaksa merapatkan jentera mereka di tepi rumah sebagai langkah keselamatan dan memudahkan anggota menghampiri lelaki itu. Malah anggota wanita juga turut digunakan bagi memujuk lelaki itu. Akhirnya lelaki itu termakan pujukan dan mula turun ke arah jentera bomba sebelum menuju ke bahagian depan trak dan terjun. Bagaimanapun, pihak polis pantas menyambutnya.


6. Terjun Ke Dalam Tasik Kerana Isteri Hodoh (Mac 2015)

Seorang lelaki yang bakal melangsungkan perkahwinannya secara paksa dengan seorang wanita hodoh cuba membunuh diri dengan terjun ke dalam tasik kerana tidak mahu berkahwin dengan bakal isterinya itu. Lelaki terbabit didakwa cuba melemaskan diri dengan menelangkupkan mukanya ke dalam air di salah sebuah tasik di Shiyan, China. Namun, tindakan pantas oleh pihak polis dan bomba telah berjaya menyelamatkan lelaki tersebut keluar dari tasik dan diberi rawatan.

Adakah Anda Atau Orang Anda Kenali Mengalami Kemurungan?

Kemurungan ("depression") bukan perkara yang boleh dibuat main-main. Jika anda atau seseorang yang anda kenali disyaki sedang mengalami kemurungan dan berpotensi untuk melakukan perkara yang membahayakan diri, sila dapatkan bantuan serta okongan dengan menghubungi Talian Kasih (15999) atau Befrienders sebelum terlambat. 


Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

2 Komen:

cikguzim berkata...

Macam2 ragam manusia

Warisan Petani berkata...

Semuanya gara2 karenah isteri.

Dikuasakan oleh Blogger.