Terfikir nak belikan mak aiskrim yogurt Llallao kegemarannya. Singgah di kiosk Llaollao Sunway Putra Mall. Terkejut tengok staf tu keluarkan aiskrim berwarna hitam.
"Eh, saya tak order aiskrim rentung, dik!"
"Err... tadi saya tak order aiskrim perisa lain..."
"Bukan puan... hari ini memang aiskrim Llaollao berwarna hitam sempena Black Friday."
Geram pula bila e-baucar Digi App Rewards tak boleh digunakan. Staf kata sistem kata telah redeem padahal belum pernah guna lagi e-baucar tu semenjak beli pada 11.11. Dalam dashboard app di fon pun kata belum redeem. Ingat dah balik KL minggu ni bolehlah habiskan kesemua e-baucar. Rugi beli pakai kredit. Penipu punya Digi Rewards. Nak tak nak bayar tunai penuh jugalah.
Bawa balik aiskrim hitam tersebut untuk dihidangkan kepada mak. Giliran mak pula terkejut. Dia kata, "Eeiii apa ni, peliknya rupa aiskrim... tak mahu makan. Suruh tukar balik, mana boleh paksa orang makan aiskrim arang!"
Bawa balik aiskrim hitam tersebut untuk dihidangkan kepada mak. Giliran mak pula terkejut. Dia kata, "Eeiii apa ni, peliknya rupa aiskrim... tak mahu makan. Suruh tukar balik, mana boleh paksa orang makan aiskrim arang!"
Fobia betul dia dengan benda berwarna hitam. Akhirnya penulis habiskan kesemua aiskrim tersebut seorang diri...
Tak sangka Llallao ada buat aiskrim arang eksklusif sempena Black Friday hari ini. Tetapi rasanya patut diberikan pilihan untuk pelanggan memilih sama ada mahu membeli aiskrim hitam atau putih pada hari Black Friday akan datang. Sekali tengok dalam foto atas memang nampak macam makan selut pula. Padanlah mak tak nak.
4 Komen:
Hitam rentung aiskrim dia ye hehe. Betul jugak bukan semua orang nak aiskrim macam tu. Ok tak rasa dia kak?
Kaler rentung, rasa dia ok tak? Lagi ok atau tak banding yang biasa?
@apekinahdotcom
Rasa dia sama macam bila dia tak rentung, hehe
@Nurul Shahira
Rasa dia sama macam yang biasa
Catat Ulasan