Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

Airport Transfer Pilihan Bila Pergi Bercuti


Biasanya bila kita pergi kembara percutian, perkara yang selalu diutamakan mesti tiket penerbangan dan juga penginapan nanti. Tak dinafikan yang ini memang benda paling wajib untuk difikirkan. Tanpa dua benda ni memang tak pergi bercutilah kita. Tetapi kan, ada satu lagi benda yang kita kadang-kadang terlepas pandang dan ia juga tak kurang penting seperti tiket penerbangan dan penginapan. Sebabnya benda inilah yang akan bantu memudahkan perjalanan kita nanti iaitu airport transfer, atau kaedah pengangkutan kita nak pergi ke lapangan terbang nanti. Terdapat beberapa cara mudah dan agak selesa untuk kita gunakan sama ada kembara dilakukan secara solo ataupun dalam kumpulan. Ayuni nak kongsikan serba sedikit tentang pengangkutan airport transfer yang anda boleh cuba selain daripada memandu sendiri dan meletakkan kereta di KLIA bila merancang untuk pergi bercuti nanti.


1. KLIA Express dan KLIA Transit

Ayuni paling suka gunakan kedua-dua jenis airport transfer ni kalau mengembara solo ataupun berdua sebab ia lebih memudahkan dan kosnya pun lebih murah. Bagi mendapatkan tiket tambang murah, Ayuni selalu gunakan KLIA Express promotion dekat Traveloka sebab ia kerap buat promo 10% diskaun untuk KLIA Express ni. Satu lagi sebab kenapa Ayuni suka beli tiket dekat website Traveloka berbanding beli di kaunter ialah selain dapat diskaun, harga tiket di Traveloka pun lebih murah... tak silap Ayuni dalam RM48 sahaja untuk perjalanan sehala, berbanding harga di kaunter iaitu RM55.

Pernah ada seorang kawan ni bertanya, apa beza KLIA Express dengan KLIA Transit ni? Mudah saja nak faham, KLIA Express ni keretapi yang bergerak terus tanpa henti daripada KL Sentral ke KLIA dan sebaliknya. Manakala KLIA Transit pula keretapi yang akan berhenti di beberapa buah stesen sebelum tiba di KLIA. Jadi untuk orang yang tinggal di Putrajaya, Cyberjaya dan lain-lain kawasan sekitarnya boleh memilih untuk naik dari mana-mana stesen KLIA Transit yang berhampiran untuk menuju ke KL Sentral.

Contoh tiket perjalanan sehala KLIA Express yang boleh didapati di kaunter tiket atau melalui website tempahan tiket seperti Traveloka


2. Teksi, Grab dan lain-lain

Selain daripada KLIA Epress dan KLIA Transit, teksi dan kereta Grab juga selalu jadi pilihan pelancong. Ramai takut kalau dengar teksi kan... sebab selalunya teksi ni akan caj harga yang agak mahal berbanding Grab. Dulu Ayuni pun berfikir macam tu, tetapi ada salah seorang saudara bongkarkan pasal airport coach ticket promo yang dia dapat dekat Traveloka (saudara tu pula kerjanya bawa orang melancong ke luar negara, jadi apa-apa hal promosi berkaitan tiket penerbangan, hotel, pakej percutian dan sebagainya dialah orang nombor satu yang bagitahu). Rupa-rupanya Traveloka ni pun ada buat servis airport taxi miliknya sendiri, lebih kurang macam Grab. Bezanya cuma kita boleh buat tempahan lebih awal sebelum bertolak bersesuaian dengan masa kita. Kalau pergi melancong atau bercuti dalam kumpulan 3-6 orang memang berbaloi guna airport taxi ni. 

Kalau yang dah terbiasa dengan servis Grab pun tak ada masalah untuk naik kereta Grab sebagai pengangkutan airport transfer. Selalunya harga tambang Grab dengan airport taxi di bawah Traveloka tu pun memang tak jauh beza. Bagi yang jenis santai dan suka buat  tempahan last minute, Grab adalah satu pilihan yang agak sesuai. Memandangkan Ayuni jenis yang suka merancang percutian awal-awal, jadi Ayuni lebih gemar menggunakan airport taxi Traveloka.

Macam nilah rupa airport taxi Traveloka tu...


3. Keluarga atau kawan hantar

Rasanya yang ini ramai buat sebab lebih mudah dan lebih selesa. Antara kesemua kaedah pengangkutan airport transfer yang ada, cara ini yang paling best. Dulu-ulu sebelum kenal KLIA Express, Grab dan sebagainya Ayuni memang selalu minta keluarga ataupun kawan-kawan hantarkan ke lapangan terbang. Namun bila dah tahu rupanya ada kemudahan lain yang boleh digunakan, dah tak payah nak minta tolong orang lain hantarkan. Tak sanggup rasanya nak susahkan orang semata-mata nak hantarkan kita ke lapangan terbang ni. Namun ini akan jadi pilihan yang terakhir sekiranya dah terpaksa. Selagi boleh elak, kita elak lah. Lainlah kalau memang ada jenis keluarga yang kalau boleh nak hantar dekat depan balai berlepas sekali, tu memang tak boleh nak kata apa, terima sajalah...

Sebenarnya apa yang seronok tentang keluarga atau kawan-kawan hantar ni ialah dapat peluang bergambar beramai-ramai di balai berlepas macam ni untuk kenangan. (Gambar sekadar hiasan)

Tiada ulasan