Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

BERITA

Pitt Hanif Ditemui Lemas Di Sungai Jelai, Kuala Lipis


Selepas kira-kira 30 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengarah filem, Mohd Firdaus Mohd Hanif atau Pitt Hanif ditemui lemas jam 4.25 petang tadi. Mangsa yang berusia 43 tahun ialah anak pelakon veteran tanah air, Fauziah Nawi, dilaporkan hilang petang semalam ketika memancing berhampiran Jambatan Gemunchur, Kampung Mela, dekat Lipis.

Berkongsi berita sedih itu, Fauziah berkata, beliau baru sahaja dimaklumkan mengenai penemuan itu oleh adiknya yang berada di lokasi.



Jenazah pengarah filem yang juga mangsa lemas di Sungai Jelai, Kuala Lipis itu dituntut keluarganya selepas selesai dibedah siasat di Hospital Kuala Lipis, 10.30 malam ini.

Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Azli Mohd Noor berkata, jenazah Mohd Firdaus Mohamad Hanif, 43, dibawa keluarganya ke Kuala Lumpur bagi urusan pengebumian selepas dituntut.

“Keputusan bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat lemas,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Jenazah mangsa ditemui terapung oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bukit Angin, 500 meter dari lokasi kejadian pada 4.25 petang tadi, selepas operasi mencari dan menyelamat masuk hari kedua hari ini.


Dalam kejadian 1 tengah hari itu, Pitt dikatakan memancing bersama seorang lagi rakannya. Bagaimanapun bot gentian kaca dinaiki mereka dikatakan pecah dipercayai melanggar tiang jambatan sebelum dia dihanyutkan arus sungai manakala rakannya dapat diselamatkan.

Pitt dilaporkan dalam fasa terakhir menyiapkan sesi penggambaran filem Coast Guard yang memulakan penggambaran sejak lebih dua bulan lalu.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.