Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

INFO

Kacang Tanduk Boleh Ubati Eczema?


Ketika sambutan perayaan Kuih Bulan anda pasti akan ternampak kacang aneh berbentuk seperti tanduk kerbau ini dihidangkan. Kacang ini namanya kacang tanduk dan adakalanya dipanggil sebagai kacang hantu. Dalam Bahasa Inggeris, ia dikenali sebagai water caltrop, water chestnut, buffalo nut atau devil nut. Kacang tanduk melambangkan kekayaan dan ia juga digunakan dalam upacara sembahyang penganut Buddha sejak zaman Dinasti Zhou. Kacang ini boleh dimakan begitu sahaja atau direbus dan ditambah sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak pada kacang. 


Kulit kacang tanduk berwarna hitam seperti tanduk kerbau, rupanya sangat menakutkan tetapi isi kacang di dalamnya sangat enak berwarna putih. Kacang ini juga mengandungi khasiat-khasiat berikut:-

  • Iodin - mampu mencegah kanser dan thyroid
  • Vitamin B - menambah tenaga dan merangsang emosi seimbang
  • Vitamin C - mencegah selsema dan demam
  • Antioksidan - memulihkan tisu yang rosak serta merangsang penghasilan tisu
  • Anti-radang - merawat arthritis, bengkak dan kemerahan pada kulit

Kacang tanduk dikatakan boleh mengubati masalah eczema. Caranya ialah tumbuk isi kacang tanduk sehingga menjadi pes, kemudian campurkan pes tersebut dengan sedikit air dan perahan lemon sebelum disapu pada bahagian kulit bermasalah.


Kacang tanduk hidup di kawasan akuatik sama seperti pokok teratai. Ia sering ditemui di kawasan air tawar seperti tasik, paya dan sawah padi. Pokok kacang tanduk banyak ditanam secara komersil di Taiwan, China, Vietnam dan India. Pokok kacang tanduk tidak menggunakan tanah untuk hidup subur tetapi dalam takungan air.


Namun di Amerika Syarikat dan Australia, pokok kacang tanduk dianggap esbagai tumbuhan perosak kerana mengakibatkan air tasik tersekat, membunuh tanaman asal serta sukar dimusnahkan.


Bayangan penulis bila melihat kacang tanduk...

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

3 Komen:

PeRdU cINta berkata...

Pertama kali tahu dan dengar ni. Terima kasih perkongsian ni.

Warisan Petani berkata...

Tk info

ezy.xixii berkata...

comel plak kacang ni.. haha
1st time tgk

Dikuasakan oleh Blogger.