Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

VIRAL

Boikot Produk Halal Australia Gagal


Satu laman Facebook bernama 'Boycott Halal In Australia' cuba membuat orang ramai boikot produk halal namun usaha tersebut menemui kegagalan.

Laman Facebook tersebut diadakan sebagai protes terhadap syarikat-syarikat perniagaan yang mengeluarkan atau mempromosi produk dan servis yang ada pengesahan halal. Kumpulan 'Boycott Halal In Australia' ditubuhkan pada tahun 2009 dan mendakwa ia tidak menyokong pembelian produk dan servis halal kerana bimbang aktiviti perniagaan halal akan "membiayai penyebaran Islam di dalam dan luar Australia" serta "menyumbang kepada aktiviti pengganas Islam".


Baru-baru ini seorang pengguna Twitter @myadlan berkongsi tips tentang mencari makanan halal bagi pengembara dan pelancong Muslim. Dia menulis, "Di Australia, ada gerakan omputih boikot produk Halal. Tapi ramai Muslim like page tu sebab senang dapat tau company mana jual makanan halal."

Kicauan tersebut meraih 16,7000 ulang kicau dan 13,800 likes.

Laman 'Boycott Halal In Australia' kerap memuat naik status tentang syarikat perniagaan yang terlibat dengan produk dan servis halal dengan harapan agar orang ramai akan mengelak daripada membeli produk dan servis terbabit. 


Walau bagaimanapun rancangan boikot kumpulan itu gagal apabila ramai orang Islam dari dalam serta luar Australia mendapat kebaikan daripada laman tersebut kerana memberi mereka panduan lengkap tentang produk dan servis halal untuk meeka perolehi di Australia. Malah ada yang berterima kasih kepada kumpulan itu di ruang komen laman mereka kerana memperkenalkan produk dan servis yang tidak pernah diketahui halal sebelum ini.


Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.