Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

PERSONAL

Marjerin Bukan Butter!


Pada suatu pagi, sedang Ayuni menunggu waffle dan jagung cawan yang dipesan di sebuah kiosk terdengar tiga orang gadis berbual antara satu sama lain. Mungkin disebabkan salah seorang daripadanya ternampak bekas marjerin di depan meja kaunter, lalu dia bertanya: "Margarine tu dalam Bahasa Melayu apa weh?"

Gadis no. 2: "Margarine tu butter lah."

Gadis no. 3: "Eh, butter tu bukan lepa susu ke?"

Gadis no. 1: "Mana satu yang betul ni? Margarine tu bukan butter ke?"

Gadis no. 3: "Eh, baru aku teringat -  margarine dalam Bahasa Melayu tu marjerin..."

Gadis no. 1: "Marjerin tu diperbuat daripada apa hah?"

Gadis no. 3: "Lepa susu lah!"

Gadis no. 2: "Bukan lah... itu butter."

Gadis no. 3: "Ye ke? Habis, marjerin sebenarnya diperbuat daripada apa?"

Masa ni dah mula rasa macam nak pengsan mendengar perbualan mereka bertiga. Dalam hati rasa nak saja menjerit ke arah mereka: "MARJERIN BUKAN BUTTER!!!"


Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

3 Komen:

  1. Antara marjerin dan butter..dua² kita boleh buat kek, biskut cuma dari segi testur dan rasa butter lagi sedap ✌️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Cik Tie... mungkin sebab itu juga butter lebih mahal daripada marjerin. Buat kek dan biskut pakai butter lebih sedap.

      Padam
  2. sy pon duk ingt majerin tu butter.. hahahaha

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.