Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

TUTORIAL

Cara Meletak Ads.txt Dalam Blog (Platorm Blogspot)


Tahniah kepada anda sekiranya anda telah berjaya memiliki akaun Google Adsense! Gembira kan rasa hati bila dapat warkah cinta ini dari Google Adsense?

Muka ala manyak sinyum

Kini anda sudah bersedia untuk menjana pendapatan melalui pengiklanan di blog. Seronoknya bila melihat wang masuk ke dalam akaun Google Adsense setiap kali pengunjung melayari blog anda.

Best kan, best kan? Penulis tiada niat riak.

Tetapi selepas beberapa ketika anda tiba-tiba ternampak notifikasi yang tak best ini...

Apa benda ni?

Terjemahan dalam Bahasa Melayu: "Perolehan dalam risiko - Anda perlu perbaiki isu fail ads.txt bagi mengelakkan pendapatan anda terjejas".


Usah tarik rambut... jika ini kali pertama anda menemui notifikasi ini ia bermakna anda masih belum mengaktifkan Custom ads.txt untuk crawler jejaki dalam blog anda. Senang je nak selesaikan masalah ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:


1. Klik pada FIX NOW di laman utama akaun Google Adsense

2. Anda akan jumpa perkataan ini: "To prevent severe impact on revenue, download an ads.txt file then upload the file to the root level domain of each site:" Klik DOWNLOAD.

3. Anda akan menerima fail teks dengan kod seperti ini: google.com, pub-0000000000000000, DIRECT, f08c47fec0942fa0. Salin kod yang diberikan.

4. Buka akaun blog dan pergi ke dashboard. 

5. Klik pada Settings, pilih Search preferences

6. Klik Enable Custom ads.txt content bawah Monetization

7. Paste kod yang telah disalin tadi ke dalam kotak yang tersedia (lihat gambar di bawah). Klik Save changes.


Pengemaskinian Adsense mungkin akan mengambil masa sehingga beberapa hari. Sekarang anda boleh kembali menjana pendapatan di blog dengan jiwa yang tenang.

Adakah anda berpuas hati dengan tutorial blogspot kali ini? Sila tinggalkan komen.


SEDIKIT INFO BERGUNA: 

Apa Itu Ads.Txt?

Ads.txt ialah akronim kepada Authorized Digital Sellers (Peniaga Digital Sah) dan ia merupakan satu inisiatif teknologi untuk membanteras kegiatan penipuan secara atas talian. Ads.txt merupakan fail teks yang menyenaraian syarikat-syarikat perniagaan yang telah disahkan di server sesawang milik sesebuah organisasi.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

2 Komen:

AZ .Com berkata...

Hai, New follower here. Tjumpa blog ni dalam fb, BTW sy dah save ads. Txt tu 3 mggu lepas dlm blog sy, tapi still kelua lagi warning tu..

nurulshahira.com berkata...

Dah letak code tu, tapi setelah beberapa minggu, pop-up yang sama masih keluar. Macam mana ye?

Dikuasakan oleh Blogger.