Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

BERITA

Studio Animasi Terkenal Jepun Dibakar, 33 Orang Maut


Studio animasi terkenal di Jepun (Kyoto Animations) terbakar gara-gara perbuatan khianat. Seramai 33 orang maut dalam kebakaran tersebut. Suspek didakwa menuang cecair berbau petrol di dalam bangunan pejabat serta ke atas beberapa orang mangsa sambil melaung, "Mampuslah kamu!"


Suspek telah ditahan dan dikenalpasti sebagai Shinji Aoba, 41 tahun, yang berasal dari Saitama, Tokyo utara. Aoba pernah menghadapi hukuman penjara 3 tahun bagi jenayah merompak sebuah kedai serbaguna dan dia dikatakan mengalami masalah mental. Aoba mendakwa dia membakar studio animasi terbabit kerana menyangka syarikat studio telah mencuri idea manga (novel grafik) miliknya.


Kebakaran dipercayai berlaku pada jam 10 pagi waktu tempatan dan meragut telah 33 nyawa orang mangsa yang berada dalam bangunan 3 tingkat tersebut. Ini merupakan tragedi jenayah paling besar dalam sejarah negara Jepun sejak beberapa dekad lalu.


Kyoto Animations Studio yang lebih dikenali sebagai KyoAni ditubuhkan pada tahun 1981 dan terkenal dengan produksi anime seperti K-On! dan The Melancholy of Haruhi Suzumiya. 


Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

1 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.