Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

PERSONAL

Boleh Ke Minum Air Butterscotch Ini?


Semalam ingat nak basahkan tekak dengan minuman ringan selepas balik kerja, jadi singgah sekejap untuk membeli air di Jaya Grocer. Suka tengok barang-barang di Jaya Grocer sebab dia ada banyak pilihan barangan import yang adakalanya pelik-pelik belaka. Termasuklah minuman botol yang Ayuni pegang dalam gambar ni. Terjumpa air ni di sebelah susunan minuman kombucha berperisa buah-buahan. 

Mata terpaku melihat label botol minuman yang menarik ni sebab ia mengingatkan Ayuni kepada filem Harry Potter. Dalam filem tersebut pun ada mengetengahkan minuman butterbeer sebagai minuman popular di kalangan warga Hogwarts. Butterbeer dalam dunia Harry Potter digambarkan sebagai minuman diperbuat daripada butterscotch, air dan gula dan mengandungi sangat sedikit alkohol, namun mampu membuat 'house-elf' (makhluk bunian yang jadi orang gaji/hamba abdi golongan ahli sihir) menjadi mabuk jika meminumnya.

Keliru sekejap tengok air yang diberi nama Flying Cauldron ni. Dia tulis non-alcoholic (tanpa alkohol) tetapi rupa dia memang mirip minuman air bir atau malt, cuma kurang pekat. Ia juga mempunyai warna sama seperti air wiski yang Ayuni pernah lihat semasa zaman kanak-kanak di Scotland dulu. Memandangkan air ini diimport dari luar negara, jadi ia tak mempunyai logo halal JAKIM. Malah, tiada tanda sijil halal daripada mana-mana badan majlis agama luar negara juga ditemui pada botol  ini, berbeza dengan sesetengah produk luar negara lain (contohnya Australia dan New Zealand ada mengeksport produk tenusu dengan logo halal yang disahkan oleh majlis agama negara mereka). 

Bila cari label di belakang botol untuk mencari ramuan dia, terbaca pula kisah di sebalik pembuatan air ini. Minuman kegemaran golongan ahli sihir rupa-rupanya. Eh, cerita fiksyen saja rupanya. Nak tengok ramuan, kenapa panjang-panjang cerita tentang ahli sihir ni?

Ramuan dia biasa-biasa saja, tak ada tulis kandungan alkohol. Tetapi banyaknya gula... sampai 30g! Terus Ayuni tak jadi nak beli air ni. Tak suka air manis-manis...

Tentang Ayuni Rafilah

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

4 Komen:

  1. takut nak beli botol camtu. hehe

    BalasPadam
  2. even if we can i cannot haha sbb orang tengok kita lain macam ja bila ke bahagian air2 cmni

    BalasPadam
  3. xberani nk try mnom.. haha

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.