Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

REVIEW

Mango Cheesecake Kula Cakes Memang Terbaik


Kali pertama mengunjungi kafe Kula Cakes pada hari terakhir berada di Kuantan. Sudah setahun berpindah ke sini baru nak merasa kek signature kafe hipster tersebut. Hari ini Ayuni meluangkan masa-masa terakhir di Kuantan sebelum berpindah ke tempat lain. Kedai Kula Cakes ini terletak antara deretan bangunan rumah kedai di bahagian Pusat Bandar berhampiran River Cruise Taman Esplanade Kuantan, bertentangan Laman Teruntum. Kalau jumpa sungai di pinggiran bandar tu, di situlah lokasi kafe ini. 

Kula Cakes terkenal dengan mango cheesecake mereka yang lembut dan lemak berkrim. Rasa kek ini dengan tekstur krim keju yang lembut dan cair di dalam mulut seperti aiskrim memang sangat enak, malah rasa berkrimnya seimbang dengan rasa masam manis mango layer di atas kek. Peminat dessert memang tak patut lepaskan peluang merasa sendiri mango cheesecake Kula Cakes!


Apa yang menarik tentang kafe ini di samping menu kek yang lazat, ia memiliki lanskap taman mini di tengah bandar. Susunan taman mini ini yang dihiasi dengan pokok serta mural yang ceria membuatkan pengunjung tak rasa seperti berada di tengah bandar langsung. Para pengunjung boleh mengambil gambar sebagai kenangan sambil menjamu selera di sini. Memandangkan ini hari terakhir Ayuni berada di Kuantan, maka Ayuni juga tak ketinggalan mengambil gambar kenangan di Kula Cakes.


Jika berminat nak singgah untuk menikmati mango cheesecake Kula Cakes sambil mengambil selfie menarik di Kuantan, bolehlah pergi ke alamat ini: A96 Jalan Besar Kuantan. Kafe ini beroperasi dari jam 1:00 petang hingga 10:00 malam dan tutup pada setiap hari Isnin. Untuk pengguna Grab, boleh gunakan aplikasi Grabpay untuk membuat pembayaran di kafe Kula Cakes dan dapatkan mata ganjaran semasa membeli.

*Review ini dibuat secara sukarela atas keikhlasan penulis dan tidak dibayar oleh mana-mana pihak.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

3 Komen:

  1. Lama rasanya tak makan cheesecake.Nak cari jugalah..

    BalasPadam
  2. kalo dekat blh singgah..
    terliur plak tgk kek.. haha

    BalasPadam
  3. Walaupun selalu ke Kuantan, tapi saya tak pernag singgah lagi ke Kula Cakes. Lagipun saya ni bukan orang yang minat makanan manis sangat๐Ÿ˜….

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.