Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

Makan Manisan Turki Umpama Menjamah Secebis Syurga


Tajuk bagi entri Ayuni kali ini bukan dari mana-mana hadith ya, tetapi cuma ekspresi Ayuni terhadap salah satu makanan yang Ayuni gemari iaitu manisan Turki. Bagi Ayuni kali pertama Ayuni jatuh cinta dengan manisan Turki apabila salah seorang pelajar Ayuni yang berbangsa Libya menghadiahkan sekotak manisan Turki khas daripada kedai membuat manisan tertua di Istanbul. Boleh baca tentang kedai tersebut di entri ini: NIKMAT MANISAN TURKISH DELIGHT

Sekali lagi Ayuni mendapat rezeki berpeluang merasa manisan Turkish Delight yang lazat apabila menerima sekotak manisan dari Manisan Turki hari ini. Laju betul posmen hantar ke rumah! Sudahlah bulan jatuh ke riba, malah dapat menjamah secebis syurga~


Inilah kotak manisan Turki yang baru sampai tu, cantikkan? Nampak eksklusif, kalau tengok isi dalam dia lagi eksklusif... memang curlassss!


Jom tengok isi dalam dia... waaahhh!!! Terus meleleh air liur di saat terpegun melihat rupa manisan-manisan Turki ini. Bentuk dan rasa manisan ini memang serupa dengan kualiti yang ditemui di Istanbul, Turki.

Dalam kotak ni ada 6 jenis rasa manisan yang berlainan dan semuanya sedap-sedap belaka:
  1. Paling atas bersalut coklat tu ada halwa dengan kacang fistiq (pistachio) dalamnya.
  2. Paling kiri berbentuk kiub kecil tu bersalut kelapa.
  3. Kiri kedua atas berwarna merah terang tu bersalut bunga roselle dan rasanya masam-manis macam strawberry.
  4. Kanan sekali berwarna merah hati tu bersalut kelopak bunga mawar, ada orang kata kalau kita makan kelopak bunga mawar nanti boleh jadi kurus. Jadi Ayuni makan ni lebih.
  5. Deretan warna hijau muda tu bersalut kacang fistiq. Sedap bila kunyah ni... rasa ummph!
  6. Bawah sekali tu mula-mula Ayuni keliru sebab ingatkan halwa bersalut biji buah naga. Rupa-rupanya biji-biji tu cip wafer coklat. Tapi apa pun memang sedap dan Ayuni paling suka perisa yang bawah tu sebab dia rangup.

Nampak tak kacang-kacang pistachio dalam halwa dia tu... puas betul makan! Tapi tak boleh makan banyak-banyak sangat sebab dia memang manis. Kena gigit sedikit demi sedikit sebagai dessert berharga seperti golongan bangsawan. Sebab itu manisan Turki ini pernah menjadi manisan popular di kalangan para bangsawan di England, sebab hobi mereka suka menjamah benda sedikit demi sedikit sampai berjam-jam lamanya.


Nikmat mana yang kamu dustakan? Ini memang tak boleh didustakanlah, manisan Turki memang betul-betul sedap. Tak percaya tengok tajuk entri atas tu.

Ada yang dah terliur juga melihat keenakan manisan Turki ini? Tak payah pergi ke Istanbul semata-mata nak cari manisan Turki ni, sekarang dah boleh buat pesanan terus dari Manisan Turki dan nanti mereka akan terus hantar sampai ke rumah. Boleh layari laman FB Manisan Turki untuk info lebih lanjut: https://web.facebook.com/byhasankuruz/

5 ulasan:

  1. Tak pernah lagi cuba manisan Turki ni. Cantik betul warnanya.

    BalasPadam
  2. Warnanya pun dah menarik sangat ni..Ya Allah..

    BalasPadam
  3. tak pernah makan manisan Turki!Nampak sedap semuanya!

    BalasPadam
  4. Sepertinya sedap, thanks for sharing..

    BalasPadam
  5. wah sedapnyaaa! singgah sini sambil follow #582 mind followback jika free ya :)

    https://sayesyadiya.blogspot.com

    BalasPadam