INFO

Gitar Elektrik Les Paul


Gitar Elektrik Les Paul | 9 haribulan Jun merupakan ulangtahun kelahiran lelaki yang mencipta revolusi baru dalam muzik 'rock n roll' dan rock - dialah Les Paul, bapa kepada gitar elektrik.

Les Paul atau nama penuhnya Lester William Polsfuss (June 9, 1915 – August 12, 2009) merupakan seorang pemain muzik jazz dan country, serta penggubah lagu dan perekacipta. Sekiranya anda biasa bermain gitar, mesti anda tahu tentang teknik chording, lick, trill dan fret dalam timing. Kalau nak tau, semua teknik tu merupakan hasil inovasi bakat muzik Les Paul. 

Les Paul semasa remaja

Semasa zaman kanak-kanak, Les Paul menemui cara untuk memudahkannya bermain harmonika sambil memetik gitar pada masa yang sama dengan mencipta pemegang harmonika yang boleh digantung di leher. Pada usia 13 tahun, Les Paul telah berkecimpung dalam bidang muzik sebagai gitaris serta pemain harmonika separa profesional dan pernah membuat persembahan di serata Missouri.

Eksperimen dengan gitar

Les Paul tidak berapa puas hati dengan kualiti bunyi yang dihasilkan oleh gitar akustik, terutama sekali apabila membuat persembahan dalam dewan yang luas. Oleh itu, dia cuba mencipta gitar yang mampu mengeluarkan bunyi kuat dan nyaring dengan menggunakan kuasa elektrik. Pernah sekali Les Paul hampir maut terkena kejutan elektrik semasa tengah bereksperimen dengan gitar elektriknya. Prototaip gitar elektrik yang dihasilkan Les Paul diberi nama "The Log". Gitar elektrik ini dimainkan bersama amplifier yang boleh mengubah volume gitar.

Pada mulanya gitar berdasarkan rekaan "The Log" milik Les Paul dikeluarkan oleh kilang Epiphony pada thn 1940. Rekaan "The Log" kemudian dijenamakan semula oleh Gibson Guitar Corporation sebagai Gibson Les Paul setelah pengeluaran gitar Fender model Esquire mendapat perhatian di pasaran. 
Model Gibson SG

Namun begitu, rekaan asal "The Log" telah diubah oleh Gibson Guitar Corporation tanpa pengetahuan Les Paul dan ini menyebabkan Les Paul menamatkan kontraknya dengan Gibson. Les Paul tidak suka dengan rupa gitar Gibson yang dikatakan agak agresif berbanding rupa rekaan asalnya. Rekaan gitar Gibson yang baru itu juga lebih ringan dan nipis berbanding rekaan asal. Sejurus selepas penamatan kontrak, Gibson menukar nama gitar keluaran mereka daripada Gibson Les Paul kepada Gibson SG.

Model Gibson Les Paul klasik

Rekaan asal Gibson Les Paul kembali menjadi popular beberapa tahun kemudian apabila gitaris terkenal Eric Clapton dilihat membuat persembahan menggunakan Gibson Les Paul.


Tentang YunFila

Menulis sekadar hobi. Peminat genre steampunk dan gemar menghabiskan masa melayari video di YouTube.

0 Komen:

ENTRI TERBARU

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.