Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

BERITA

Taiwan Negara Asia Pertama Menghalalkan Perkahwinan Sama Jenis


Taiwan menjadi negara pertama di Asia yang menghalalkan perkahwinan sesama jenis di sisi undang-undang pada 17 Mei 2019, Jumaat kelmarin. Ribuan pendukung hak asasi manusia berkumpul di luar dewan parlimen dan bersorak mengibarkan bendera pelangi yang menjadi simbol kelompok LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) setelah mendengar pengumuman tersebut. Dengan keputusan tersebut, pasangan gay di Taiwan dapat mendaftarkan pernikahan mereka di lembaga perkahwinan sama seperti pasangan heteroseksual.

Kelulusan bagi rang undang-undang (RUU) perkahwinan sesama jenis tersebut memakan waktu hingga dua tahun berikutan keputusan Mahkamah Perlembagaan Taiwan pada tahun 2017 yang mengatakan bahawa kewajipan pernikahan antara lelaki dan wanita adalah tidak konstitusional. 


RUU itu menawarkan perlindungan perundangan untuk pasangan sesama jenis setaraf dengan pasangan heteroseksual di Taiwan. RUU itu menjadi rasmi setelah ditandatangani Presiden Tsai Ing-wen sebagai undang-undang sah.

"Pada 17 Mei 2019 di #Taiwan, #LoveWon. Kita mengambil langkah besar menuju kesaksamaan sebenar dan menjadikan Taiwan sebagai negara yang lebih baik," kata Presiden Tsai melalui akaun Twitter miliknya.


Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

2 Komen:

mamapp berkata...

Nauzubillah APA lah nak jadi ni

Tanpa Nama berkata...

Baru ingat nak pergi sana, disebabkan Mira Filzah duk promote kat ni, dengan taglinenya "salam", tetiba dengar cerita macam ni. Tak jadilah, Tak pasal kita pulak kena "BALA" masa ke sana.

Dikuasakan oleh Blogger.