Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

RESIPI

Resipi Biskut Krim Keju


Bila sebut krim keju memang rasa nak meleleh air liur mendengarnya. Biasa kita dengar orang buat kek krim keju... apa kata kita cuba buat biskut krim keju pula? Yang pasti cara membuatnya amat mudah dan rasa hasilnya memang lemak berkrim!

BAHAN-BAHAN

½ cawan mentega tidak bergaram (unsalted butter)
85 g krim keju (boleh guna krim keju jenama Tatura atau Kraft's Philadelphia)
1½ cawan gula aising
½ sudu teh serbuk penaik
1 biji telur
½ sudu teh esen vanilla
1¾ cawan tepung serbaguna

CARA PENYEDIAAN
  1. Panaskan ketuhar 190 darjah Celsius dan sediakan kertas pembakar biskut atas dulang pembakar.
  2. Pukul mentega bersama krim keju dalam mangkuk. 
  3. Perlahan-perlahan masukkan gula aising dan pukul hingga gebu. 
  4. Masukkan telur, tepung, serbuk penaik dan esen vanilla lalu adun hingga sebati.
  5. Dinginkan adunan selama sejam.
  6. Buat beberapa biji bebola adunan bersaiz lebih kurang 1 inci lepas tu celup dalam gula (gula castor atau gula biasa).
  7. Susun bebolah adunan yang telah dicelup gula di atas kertas pembakar biskut dalam dulang, jarakkan dalam 1½ inci. Jangan lupa penyetkan adunan sebelum bakar...
  8. Bakar selama 8-10 minit sehingga biskut kelihatan berwarna kuning keperangan.
  9. Keluarkan dulang pembakar dari ketuhar dan biarkan biskut menyejuk seketika.
  10. Tabur gula aising atas biskut setelah sejuk.


Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

5 Komen:

  1. Resepi yang menarik.. bahan pun sikit je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah buat di dapur kan... selamat mencuba ^_^

      Padam
  2. Mudah dan bahannya tak banyak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biskut ni memang mudah dan ringkas disediakan, sesuai untuk peminat keju yang santai ^_^

      Padam
  3. Uiksss tengok gambar memang ujiannnn sungguh tengahari2 ni hahaha

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.