Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

TUTORIAL

Tutorial Cara Meletak Watermark / Butang Subscribe Dalam Video YouTube


Kalau jenguk akaun YouTube Ayuni, nanti nampak butang subscribe yang dah ditukar dengan watermark ikon kartun Ayuni di sudut penjuru kanan bawah video. Jom ikut langkah-langkah di bawah untuk membuat watermark / butang subscribe eksklusif untuk video YouTube sendiri:

1. Klik pada butang Creator Studio di laman akaun YouTube.

2. Pandang bahagian kiri laman. Cari Channel dan klik. Pilih Branding.

3. Klik pada Add a Watermark.

4. Muat naik ikon atau logo pilihan untuk dijadikan watermark. Logo haruslah dalam format PNG atau GIF. Saiz maksimum fail imej ialah 1MB.

5. Tekan Save.

6. Pilih bila nak paparkan watermark dalam video. Tekan Update.

Adakalanya ikon akan mengambil masa sehingga 48 jam untuk timbul, jadi jangan risau sekiranya ia tak muncul dalam video lagi. Selamat memasang watermark yang juga berfungsi sebagai butang subscribe di video YouTube anda! 

Boleh cuba guna ikon percuma di bawah sebagai permulaan.

Tentang Ayuni Rafilah

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

3 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.