Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

VIRAL

Penipuan Dalam Lazada - Scam Tasbih Makin Berleluasa


Awas apabila anda membeli barangan di platform Lazada kerana terdapat scam terbaru di mana pembeli akan menerima tasbih sebagai ganti barang yang sepatutnya diterima dari penjual. Pada mulanya pelanggan akan menyangka bahawa penjual tersalah hantar barang. Namun sangkaan mereka meleset apabila penjual hanya mendiamkan diri dan enggan melayan mesej pelanggan. Malah akaun penjual juga hilang setelah dinyahaktifkan oleh Lazada yang menerima aduan ramai tentang penipuan itu. 

Apa yang lebih malang ialah Lazada tidak dapat membantu pulangkan wang kepada semua mangsa yang kena tipu (hanya beberapa orang yang bernasib baik berjaya mendapat wang bayaran mereka semula), dan penjual yang tidak bertanggungjawab tersebut boleh kembali "berniaga" dalam platorm Lazada menggunakan akaun baru di atas nama lain. Jika diperhatikan, penjual berkemungkinan dari China berdasarkan jenis tasbih yang dihantar serta nama dan alamat perniagaan yang digunakan dalam akaun peniaga. Sehingga sekarang Lazada masih tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghalang peniaga China yang tak amanah menipu pelanggan dalam platform mereka.

Pelanggan dari Filipina dalam gambar bawah juga telah ditipu oleh scammer dari China melalui platform Lazada Filipina.


Rasanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) harus mengenakan tindakan undang-undang ke atas kecuaian platform perdagangan online seperti Lazada agar kegiatan scammer dari China tidak berleluasa demi melindungi hak pengguna Malaysia.


KES-KES PENIPUAN SCAMMER TASBIH MELALUI LAZADA

29 JANUARI 2019

18 FEBRUARI 2019

21 FEBRUARI 2019

1 MAC 2019

5 MAC 2019

13 MAC 2019

20 MAC 2019

22 MAC 2019

1 APRIL 2019

2 APRIL 2019

3 APRIL 2019


PERKONGSIAN

Sedutan dari page Tanya Peguam Anda di Facebook:

"Ditipu menggunakan platform LAZADA.

Semalam berkali-kali mama saya telefon kerana penghantaran 'walker' untuk anak saya sudah sampai tapi yang sampai bukannya walker tetapi tasbih yang dibungkus dalam kotak kecil. Kecewa dia.

Waktu dia buat bayaran dan tempahan di Lazada, dia ada hubungi saya. Katanya, Lazada ada buat jualan diskaun. Memanglah biasa Lazada buat begitu, jadi saya tidak tolong semak.

Minggu lepas pun sama juga, hari jumaat. Staff di firma saya, dia buat pembelian almari baby dengan harga hanya RM50.00 tetapi yang sampai tasbih. Kurang asam betul.

Jadi tolong hati-hati. Saya pun tidak faham kenapa ada ketirisan dari pihak Lazada untuk membuat penapisan peniaga dalam pasaran digitalnya itu. Bukankah sepatutnya Lazada perlu buat semakan terhadap status pendaftaran syarikat. Dulu saya sangkakan tak mungkinlah ada geng penipu yang boleh guna platform ini. Ada juga. Cis!

Saya buat semakan staff dan mama saya ditipu oleh peniaga atau 'store' yang sama iaitu Jiayou dari China. Bila saya semak senarai barangan yang dijual oleh store Jiayou ini, rata-rata harga hampir sama. Semuanya lingkungan RM48-RM51 untuk setiap jenis barangan, tidak kiralah baby stroller atau baby walker atau apa sahaja. Harganya memang tidak munasabah tetapi sebab minggu BDay oleh Lazada maka ada kemungkinan boleh terjadi, oleh itu ramai mangsa terkena.

Saya buat kira-kira kalau seorang dia berjaya tipu RM50. Kalau sehari ada seribu pembeli, nilai pulangan penipuan RM50,000. Seminggu RM350,000. Hati-hati, memang nilai penipuan terhadap individu nampak kecil.

Jadi bagi kita yang hendak beli di Lazada, Shopee atau apa sahaja pasaraya online. Sila semak dulu rating store, testimoni pembeli atau apa-apa sahaja informasi seperti saya bulatkan dalam gambar. Kalau harga terlalu murah untuk barangan yang kita rasakan tak munasabah, contohnya stroller harga RM50.00 dan store pula lansung tidak ada rating atau testimoni, hati-hati!

Saya akan buat email aduan hari ini supaya ramai lagi tak terkena.

Tadi pagi adik saya hubungi Lazada, Lazada kata mereka tidak boleh refund yang boleh refund hanyalah syarikat itu. Tambah pula Lazada beritahu mereka telah deactive store Jiayou ini kerana banyak aduan. Setakat semalam saya semak, masih ada iklan-iklan syarikat Jiayou.

Dikongsikan oleh Nor Zabetha."

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

13 Komen:

  1. Macam-macam penipuan ada sekarang ni. Kita kena lebih berhati-hati apabila shopping online

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul... susah nak dapatkan keadilan setelah kena tipu secara online.

      Padam
  2. Memenag terkena kali ni. Tasbih dapat. lzada wallet duit hilang macam tu je.

    BalasPadam
  3. ya ampunnn, jahat nyaaa la sapa buat tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berdasarkan aduan orang ramai, peniaga dari China punya angkara.

      Padam
  4. Aku pun kena. Order kipas dapat tasbih. Dapat refund dari Lazada tapi tak semua. Lazada sepatutnya bertanggungjawab sebab itu flatform mereka. Pihak berwajib kenapa biarkan Lazada lepas tangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh kongsikan kenapa Lazada tak refund semua?

      Sokong, ini juga yang dah lama difikirkan... patutnya Lazada bertanggungjawab ke atas penipuan yang makin berleluasa dalam platform mereka. Mungkin harus adakan petisyen untuk memaksa platform dagangan online macam Lazada, Shopee dan sebagainya menanggung liabiliti ke atas penipuan yang dijalankan oleh peniaga China yang menyertai platform mereka.

      Padam
  5. Saya pun terkena harini...harap2 boleh dapat refund...tak sangka Lazada pun ada scam

    BalasPadam
  6. sama la..suami order basikal 2 biji untuk anak2.sekali dapat tasbih...kesian anak2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedih :'(... semoga boleh dapat refund semula

      Padam
  7. Sebagai orang yang bekerja under company e-commerce, satu nasihat je saya boleh bagi: sebelum beli apa-apa make sure tengok dulu profile seller dan seller ratings. Harga kalau murah sangat TOLONG JANGAN percaya. Baik Lazada mahupun Shopee, memang akan ade scammer. Kalau boleh beli kat seller yang ade ready stock dekat Malaysia.

    Selamat bershopping!

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.