HIBURAN

Ecah Bunuh Ustaz Hamadi! Ditikam Berkali-Kali Sampai Mati!


Akhirnya tamat sudah drama bersiri Nur 2 dan dengan itu berakhir jugalah riwayat Ustaz Hamadi serta banjiran emosi meroyan di media sosial oleh golongan netizen yang mengikuti drama tersebut. Antara yang menjadi perbualan hangat tentang episod terakhir Nur 2 ialah kematian Ustaz Madi serta babak Juita yang ditahan atas tuduhan merogol Ustaz Adam. 

Tahukah anda bahawa terdapat satu babak yang tidak dimasukkan dalam drama Nur 2 yang disiarkan di TV3 iaitu babak Ecah menikam Ustaz Hamadi berkali-kali sampai mati? Menerusi Instagram Noorkhiriah, babak dia menikam Hamadi semasa episod terakhir sebenarnya panjang. Dia menikam lelaki tersebut berulang kali. Selain daripada babak tersebut, ada juga beberapa scene lain turut dipotong contohnya ketika dia ditampar apabila enggan mengikut suaminya itu pulang ke rumah asal.


Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

2 Komen:

Sis Lin berkata...

Hahahahaa berdekah tau kita gelakk nengok video tu adoiii sabo je lerr hahahahaha

YunFila berkata...

Tapi penghujung dia sedih kan, kan, kan... hehehe

Dikuasakan oleh Blogger.