Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

FREEBIES

Tiket Percuma Ke Filem Captain Marvel Sempena Hari Wanita

TGV Cinemas menawarkan tiket filem Marvel Studios 'Captain Marvel' secara percuma kepada para wanita sempena Hari Wanita Sedunia yang jatuh pada 8 Mac ini.


Tayangan eksklusif ini khas untuk para wanita sahaja sempena Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac 2019 (Jumaat), 8.00 malam di semua lokasi TGV Cinemas di seluruh negara.

Penebusan tiket boleh dibuat dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam di kaunter tiket TGV pada hari yang sama sementara stok masih ada.

Syarat-syarat penebusan tiket:

  • Terbuka kepada wanita sejati sahaja (lelaki, pondan dan wanita jadian tidak layak untuk giveaway ini)
  • Boleh mendapatkan tempat duduk Twin Seats jika anda membawa seorang lagi kawan perempuan. Yang tak ada kawan dan forever alone hanya boleh duduk di Single Seat.
  • Seorang penonton hanya boleh membuat sekali penebusan tiket sahaja

Selain itu, pada hari yang sama jam 8.00 malam, TGV 1 Utama akan menganjurkan sebuah acara khas dengan beberapa orang ikonik wanita Malaysia untuk berkongsi pengalaman mereka dengan harapan memberi inspirasi kepada orang lain. Sesi ini akan menampilkan Deborah Henry (Pengasas Fugee School / Miss Universe 2011), Cheong Jun Hoong (juara menyelam dunia pertama Malaysia), Xandria Ooi (Duta Besar / Penulis) dan Fam Li Ying (Partnership Development Manager of Teach for Malaysia).

Tentang Ayuni Rafilah

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

3 Komen:

  1. ala kita kerja daaa..kalau boleh la try juga sbb kita peminat Capt Marvel

    BalasPadam
  2. Wah bestnya tak sabar nak tengok. Tapi kita tak dapatlah nak tebus tiket free, kita kerja.

    BalasPadam
  3. Jelesnya sapa yang dapat free tiket. Kita kerja

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.