Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

HIBURAN

Seungri Big Bang Berhenti Selepas Dikaitkan Dengan Skandal Dadah Dan Pelacuran


Lee Seung-hyun, atau lebih dikenali sebagai Seungri dalam pentas hiburan, telah mengumumkan bahawa syarikat YG Entertainment telah menamatkan kontrak penyanyi K-Pop itu dengan Big Bang sejurus selepas pihak polis Korea Selatan mendakwa Seungri, 29 tahun, telah membekalkan pelacur untuk memberikan perkhidmatan seks kepada pelabur berpotensi di sebuah kelab malam di Seoul. 

Antara bukti yang ditemui polis dalam siasatan ialah mesej perbualan dalam Kakao Talk antara Seungri dan beberapa orang staf yang bekerja dengannya membincangkan tentang penyediaan pelacur yang hendak dibekalkan kepada pelabur-pelabur perniagaan Seungri.

Selain tuduhan terbabit aktiviti pelacuran, Seungri yang bertindak sebagai pegawai eksekutif kelab elit Burning Sun turut didakwa terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan merasuah polis. Terbaru dia dipanggil menjadi saksi kepada kes rogol, keganasan dan pengedaran dadah di kelab Burning Sun sebelum disoal siasat semula sebagai suspek.

Pada 11 Mac kelmarin, Seungri dilaporkan berkata bahawa dia akan bersara daripada dunia hiburan dan menangguhkan penyertaannya ke dalam program khidmat negara untuk menumpukan masa membersihkan namanya daripada segala dakwaan jenayah yang disebutkan polis.

Tentang Ayuni Rafilah

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

2 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.