Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

REVIEW

Salted Egg Yolk Loaded Fries Rasa Macam...


Siapa yang dah rasa Salted Egg Yolk Fries dalam menu sampingan terbaru McDonald's? Sejak kegilaan terhadap sos kuning telur masin makin menjadi-jadi, McDonald's juga tidak ketinggalan mengejar trend dengan memperkenalkan Salted Egg Yolk Fries kepada pelanggan. Disebabkan rupa kentang goreng tersebut nampak sedap mata memandang di papan menu atas kaunter, Ayuni pun membuat pesanan untuk kentang goreng baru itu. Nak beli secara ala-carte boleh, tapi kalau ada buat pesanan untuk set Value Meals boleh tukarkan kentang biasa kepada Salted Egg Yolk Fries. Cuma tambah RM1.90.

Masa buka kotak bungkusan Salted Egg Yolk Fries, rasa pelik tengok ada taburan daging salai kering atas kentang goreng yang dilumur sos berwarna putih dan kuning. Ingatkan dia letak sos telur masin saja. Tak pasti sama ada daging kering tersebut diperbuat daripada daging ayam atau lembu. 

Sos kuning telur masin dia langsung tak sama rasa dengan sos kuning telur masin yang Ayuni pernah makan dengan masakan lain sebelum ini. Rasa lemak masin kurang dan tak menggambarkan rasa kuning telur masin sebenar. Ia lebih mirip kepada rasa sos keju yang dibuat dengan serbuk keju segera. Tak tahu apa sos putih yang dicampurkan sekali, mungkin mayonis sebab rasanya masam-manis.

Bagi Ayuni rasanya biasa-biasa saja. Ada orang tekaknya mungkin tak boleh terima rasa Salted Egg Yolk fries kerana rasanya yang masam-manis.

Tentang Ayuni Rafilah

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

5 Komen:

  1. Tak cuba lagi. Lama juga tak ke McD.

    BalasPadam
  2. Nak cuba lah nanti. Macam sedap je.

    BalasPadam
  3. liez dh cuba.. sos egg york dia mmg bau kuat betul la..satu kereta bau mcm ikan masin..

    BalasPadam
  4. macam sedap kan... tapi tulah ada yang review tak puas hati sebab indah khabar dari rupa.. hehehe

    BalasPadam
  5. Belom pernah try lagi ni.. Cam sedap je..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.