Ramadhan Buffet Preview: KLCC Memperkenalkan ‘Bazar Kontemporari’ Untuk Majlis Buka Puasa Korporat dan Awam
Orang ramai dijamin akan mendapat layanan dan perkhidmatan yang cemerlang serta sajian makanan bertaraf 5 bintang apabila menikmati juadah berbuka puasa di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Di samping itu, Pusat Konvensyen juga menawarkan nilai hebat untuk promosi berbuka puasa korporat yang disediakan setiap hari sepanjang Ramadan.
Menu Ramadhan Buffet
Tahun ini menu Ramadhan Buffet di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur merangkumi pelbagai sajian tradisional dan moden yang digabungkan dengan aneka juadah yang menjadi ‘kemestian’ pada bulan Ramadan, antara lain termasuk nasi bukhara Ramadan dihidangkan dengan gulai kawah daging campur bersama kedondong, gulai kawah tulang rusuk kambing bersama ubi kentang, dan gulai kawah ayam kampung bersama pisang muda lemak manis; ayam kampung masak cencaluk; lemak asam telur itik bersama sayur munggai; tembosa dan ubi getok; udang laut dengan Raja durian; dan makanan laut panggang duan pisang ‘ala Portugis’.
Sebagai tambahan kepada pelbagai masakan klasik Ramadan, kedua-dua menu berbuka puasa untuk korporat dan orang ramai menawarkan pilihan kontemporari dan antarabangsa untuk mereka yang mencari sesuatu yang berlainan. Sajian termasuk pita kebab Arab daging cincang, teriyaki Jepun dan aneka pilihan sushi, ikan panggang Tikka, nasi ayam Hainan dan kambing bakar golek Harissa yang dihidangkan dengan sos pudina dan sos berempah.
Bazar Kontemporari Melalui Sajian Di 'Chef Action Stations'
Menurut Chef Eksekutif Pusat Konvensyen, Hisham Bin Jaafar, KLCC ingin memperkenalkan konsep ‘bazar kontemporari’ interaktif kepada pelanggan melalui 'Chef Action Stations' dengan pelbagai sajian lazat yang disediakan khusus oleh pasukan terdiri daripada 52 orang chef. Suasana santai yang telah diubah suai ke gerai-gerai makanan klasik tepi jalan ‘Chef Action Stations’ menjanjikan pengalaman yang pasti sukar dilupakan oleh orang ramai pada bulan Ramadan ini.
Makan Sambil Menderma
KLCC akan mendermakan 5% hasil kutipan daripada jamuan berbuka puasa Ramadan pada tahun ini kepada badan-badan amal yang disokongnya selaras dengan wawasannya untuk ‘Mengimarahkan Bulan Ramadan Dengan Semangat Bersedekah’.
Kemudahan Yang Ada Dalam Pusat Konvensyen
Pusat Konvensyen ada menyediakan bilik solat khas, sejadah, selipar, tempat wuduk dan Imam untuk mengimamkan umat Islam yang ingin menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih dengan selesa selepas berbuka puasa.
Pusat Konvensyen juga merangkumi dua auditorium (masing-masing menyediakan 3,000 dan 500 tempat duduk), dewan pameran seluas 12,310 meter persegi termasuk khemah berasingan seluas 2,600 meter persegi, Dewan Besar yang boleh menempatkan 2,000 orang, Dewan Bankuet untuk 500 orang, Dewan Persidangan untuk 1,800 peserta dan 20 bilik mesyuarat lain, untuk menyediakan ruang seluas 22,659 meter persegi untuk pelbagai fungsi di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur.
Tempahan Berbuka Puasa
Tempahan boleh dibuat pada hari biasa antara 8 hingga 31 Mei 2019. Pusat Konvensyen juga menawarkan diskaun 10% kepada orang ramai yang membuat tempahan awal sebelum 30 April 2019. Jadi, pastikan anda membuat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan!
Memandangkan tempat duduk untuk orang ramai terhad dan tempahan perlu dibuat untuk majlis korporat, sila hubungi +603 2333 2866 untuk pertanyaan umum dan +603 2333 2877 untuk tempahan korporat. Untuk maklumat tentang jamuan berbuka puasa Pusat Konvensyen, sila ke laman www.klccconventioncentre.com.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Nalinie A/P Rajah
Eksekutif Komunikasi Pemasaran dan Perhubungan Awam
Kuala Lumpur Convention Centre
Tel: +603 2333 2888
Faks: +603 2333 2882
Charles Chaplin
TQPR (Malaysia) Sdn Bhd
Tel: +603-6203 4300
Faks: +603-6203 5972
E-mel: charlesc@tqpr.com
wahhhh.. sedap2 menu :)
ReplyDeletealahai lapo tgk menu2 sedap
ReplyDelete