Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

INFO

Potensi Industri Buluh Di Malaysia


Berikutan kejatuhan harga minyak sawit hujung tahun lalu yang menyaksikan ramai pekebun kecil menderita dan terkesan berbanding syarikat besar yang dilihat masih mampu meraih keuntu­ngan, rakyat negara ini disaran beralih kepada tanaman buluh selaras dengan cadangan kerajaan menghentikan peluasan penanaman kelapa sawit di kawasan baharu di seluruh negara. Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim berkata, langkah itu penting memandangkan tanaman baharu seperti buluh dilihat amat berpotensi dan mendapat permintaan baik. Persoalannya adakah industri menanam buluh mempunyai potensi yang baik sebagai komoditi yang menguntungkan?


Buluh Bukan Sekadar Untuk Lemang Dan Meriam Buluh

Terdapat kira-kira 1,500 spesis pokok buluh daripada yang jenis renek untuk tanaman hiasan sehingga yang tumbuh besar di hutan belantara. Adalah dianggarkan terdapat 70 spesies buluh di Malaysia. Secara keseluruhannya buluh-buluh ini dijadikan sumber pendapatan sampingan dan utama bagi sesetengah penduduk.

Antara kegunaan dan produk yang dihasilkan dari buluh adalah kayu penyepit, perabot, peralatan muzik, pencungkil gigi dan mempunyai rebung yang boleh dimakan. Selain itu buluh juga dijadikan galah, bingkai gambar, pencucuk sate, bahan anyaman, bidai dan kraftangan. Rumpun buluh juga dijadikan landskap di taman-taman rekreasi awam dan kawasan persendirian.

Buluh terbukti boleh dijadikan lantai yang lebih menarik dan selamat berbanding jubin. Selain itu ia boleh dijadikan bahan mencetak konkrit. Ia boleh menjimatkan kos pembinaan kerana harga kayu pada masa ini terlalu mahal.


Wajarkah Buluh Jadi Tanaman Komoditi Alternatif?

Projek penanaman buluh adalah satu usaha pihak Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dalam memperkenalkan hasil sumber bukan kayu yang berpotensi untuk dikomersilkan. Buluh merupakan sumber hutan bukan kayu yang berpotensi besar untuk diketengahkan sebagai alternatif kepada balak. Ia merupakan sumber bukan kayu yang penting sebagai penyumbang pendapatan eksport negara selain bertindak sebagai sumber pendapatan untuk penduduk luar bandar.  

Walau bagaimanapun potensi industri buluh di negara ini masih belum diteroka secara besar-besaran berikutan kurangnya pengetahuan dan pendedahan berkenaan tumbuhan tersebut. Selain itu, buluh di negara ini hanya digunakan secara tradisional menyebabkan kadar penembusan ke peringkat antarabangsa amat kurang. Malaysia ketika ini masih tidak memiliki ladang buluh secara besar-besaran untuk tujuan komersial dan eksport. 


Buluh Sebagai Sumber Pendapatan 

China, India dan Taiwan adalah pengeluar utama buluh dunia manakala Amerika adalah pengguna terbesar produk buluh. Ketika ini terdapat lebih 100 buah kilang pemprosesan buluh di Malaysia dan kebanyakannya merupakan industri kecil dan sederhana. Dengan mengambil 5 hingga 10 peratus sahaja pasaran dunia buluh, ia akan dapat menyumbang kepada ekonomi tempatan dan meningkatkan industri buluh tempatan. Industri buluh yang masih baru di negara ini dijangka mampu menyumbang pendapatan sehingga RM53 bilion pada tahun 2020 berbanding RM22.8 bilion pada masa ini.

Saiz pasaran eksport keluaran buluh di Malaysia pada masa ini adalah masih rendah berbanding dengan produk keluaran hutan lain. Secara purata, eksport produk buluh untuk tempoh 10 tahun kebelakangan ini adalah bernilai RM350,000 setiap tahun sahaja berbanding dengan pengimportan produk buluh ke Malaysia yang dianggarkan secara purata dari RM1.5 juta sehingga RM 2.0 juta setahun.


Strategi Pembangunan Perusahaan Tanaman Buluh

Industri buluh di Malaysia mempunyai potensi untuk dimajukan dengan pengeksportan produk­produk nilai tambah ke pasaran antarabangsa. Bagi memudahkan pertumbuhan industri ini, MTIB telahpun melaksanakan strategi­- strategi yang digariskan di bawah Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Malaysia, 2011­2020. Di bawah pelan tindakan, teras strategi meliputi penubuhan ladang buluh dan melestarikan sumber asli sedia ada, pembangunan modal insan, pembangunan aktiviti hiliran, penyelidikan dan pembangunan dan promosi. Jika syarikat perusahaan buluh ingin mencapai pembangunan yang lebih besar, mereka mesti melakukan tiga tugas berikut:

1) Berikan penting kepada inovasi produk dan memperkayakan kem produk
Oleh kerana produk buluh digunakan secara meluas di pasaran, perusahaan produk buluh tidak boleh dibatasi dengan pengeluaran satu jenis produk buluh, mereka harus secara aktif menginovasi kategori produk, dari makanan menembak buluh tradisional, keperluan buluh untuk kerajinan buluh , lantai buluh, serat buluh, buluh Bekalan kimia, kemudian semua rumah buluh, terus memenuhi permintaan pasaran.

2) Penting untuk membangun jenama dan mewujudkan jenama yang kukuh
Strategi jenama adalah kunci kepada perusahaan moden untuk memenangi pertandingan. Untuk menghilangkan pasaran kacau semasa, perusahaan produk buluh mesti menubuhkan jenama besar dengan keupayaan untuk membimbing pasaran. Melalui susun atur perindustrian yang munasabah, barisan produk yang unggul, perancangan dan pemasaran yang sangat baik, dan promosi luaran berskala besar, membina jenama cemerlang dalam industri buluh domestik!

3) Pentingkan pembinaan jalan masuk dan meningkatkan saluran jualan
Dengan produk yang baik, bagaimana memilih platform yang betul untuk melepaskan produk baru telah menjadi langkah penting bagi syarikat-syarikat produk buluh untuk menjalankan pemasaran. Pameran industri, e-dagang, dan lain-lain menyediakan pelbagai platform untuk promosi pelaburan perniagaan, promosi jenama, dan paparan imej, dan semakin disukai oleh syarikat.


Kerugian Sekiranya Industri Buluh Tidak Dimanfaatkan

Malaysia mempunyai potensi cukup besar memajukan industri buluh kerana iklim dan tanah negara ini sesuai untuk tanaman berkenaan. Justeru, adalah satu kerugian sekiranya ia tidak dimanfaatkan kerana buluh boleh dijadikan antara satu sumber komoditi yang menguntungkan negara. Ini kerana, kos penanaman serta penjagaannya rendah dan tidak rumit selain menjanjikan pulangan lumayan kepada sesiapa sahaja yang terlibat.

Untuk memastikan industri berasaskan buluh terus berkembang seiring dengan industri perkayuan lainnya, sesuatu perlu dilakukan terutamanya kempen kesedaran dalam kalangan orang ramai sebagai pengguna dan juga pengusaha tentang potensi buluh.

Tentang Ayuni Rafilah

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

2 Komen:

  1. Tanaman alternatif yang boleh dikomersialkan.
    Suka makan rebung buluh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada banyak permintaan untuk tanaman buluh sebenarnya, cuma tak berapa diketahui orang ramai.

      Padam

Dikuasakan oleh Blogger.