Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

Pengalaman Memalukan Makan Di Pulau Ketam Yong Tau Foo


Ayuni tak suka makan yong tau foo tetapi entah macam mana hari ini terlangkah pula ke kedai makan Pulau Ketam Yong Tau Foo yang baru dibuka di Nu Sentral siang tadi. Mula-mula ingat nak beli takoyaki di situ (kalau masih ingat lagi dulu ada kedai takoyaki dan kafe Kampong Kravers sebelah KFC, berhampiran pawagam GSC di tingkat 5). Tengok-tengok kedai takoyaki dan Kampong Kravers dah tak ada dan digantikan dengan Pulau Ketam Yong Tau Foo.

Mama yang merupakan peminat yong tau foo terus kata dia nak cuba makan di situ. Tambahan lagi dia tertarik dengan konsep kedai yong tau foo yang baru tu jadi dia ingin tahu cara servis makanan mereka. Ayuni pun bagi Mama pilih set yang dia mahu sambil Ayuni bayarkan untuk dia di kaunter. Kedai ni amalkan konsep layan diri tetapi makanan akan dihantar oleh staf ke meja kita.

Mama pilih set yang ada 3 keping yong tau foo campur chee cheong fun dengan kuah sos pekat. Mula-mula Ayuni tengok saja Mama makan sendirian. Tapi nampak menarik pula warna cokelat kuah sos yang panas-panas tu. Ayuni pun ambil satu lagi sudu dan cuba rasa sikit sos dari pinggan Mama. Memang sedap! Sos dia rasa berlemak dan tak kuat sangat manis atau masin, sangat sesuai dengan rasa fishcake yang Mama pilih. 


Suasana sekitar tempat makan bersih dan tenang. Servis dia bagus. Sudu, garfu, chopstick dan kicap mudah dicapai. Hidangan panas. Makanan dibubuh daun bawang atasnya. Cuma ada satu benda saja yang Mama tak puas hati...

"Chee cheong fun dia lembik sangatlah... kena bagitahu staf dia ni," kata Mama sambil mengangkat sekeping chee cheong fun yang sudah kembang dan lembik dengan garfu.

Orang tua-tua lebih memahami peraturan makanan tradisi bahawa chee cheong fun harus dihidang dalam keadaan kenyal. Itu makanan zaman mereka di saat kita lebih mengenali pizza dan kimchi. Kebetulan pula staf-staf yang menyediakan makanan di kedai tersebut terdiri daripada pekerja warga asing yang kelihatan seperti warga bangsa Arab atau Pakistan; hanya dua orang staf gadis yang berbangsa India dan Melayu bekerja sebagai pelayan untuk menghantar makanan. Jadi mungkin mereka sangka chee cheong fun memang dihidang dalam keadaan lembik.

Ayuni pun panggil salah seorang gadis pelayan dan memberitahu dia tentang aduan Mama. Gadis tu kata mereka akan gantikan dengan set yong tau foo baru. Kami pun tunggu. 

Tak lama kemudian gadis pelayan seorang lagi menghantar satu set yong tau foo dengan kuah sup tanpa berkata apa-apa. Kami rasa hairan sebab kenapa dia tak hantar set yang ada chee cheong fun. Mama kata mungkin sebab dia tak reti nak bagi chee cheong fun yang tak lembik jadi dia gantikan dengan set lain. Yong tau foo dengan kuah sup dia pun sedap, rasa macam makan oden.

Tengah sedap-sedap Mama makan set yong tau foo baru yang diganti, tiba-tiba staf bangsa Arab atau Pakistan tu keluar dari dapur dan menuju ke arah kami. Dia pandang ke arah Mama lalu bertanya, "Sorry, excuse me... is this the food you ordered?" 

Mama nampak keliru. Lepas tu staf tu pandang ke arah seorang perempuan Cina tua yang sedang duduk tak jauh daripada meja kami. Ayuni perasan perempuan tu tak dapat-dapat pesanan dia dari tadi. Masa tu otak Ayuni dah terdetik apa yang tak kena...

Staf tu panggil pelayan tadi. Dia tanya pelayan tu makanan tadi dihantar pada siapa. Gadis tu jawab dari jauh, "Already sent to the Chinese lady!"

"Which Chinese lady?" Staf tu tanya balik sambil mendepangkan tangannya ke arah Mama dan perempuan Cina tua tadi. 

Rasa macam nak tersembur air teh o ais yang dapat percuma sekali dengan set yong tau foo. Muka Mama dah lain.

Bila perempuan Cina tu tersedar makanan dia telah tersalah dihantar ke Mama, wajah dia berkerut lalu dia cepat-cepat pergi ke kaunter untuk memilih set menu dia semula. Staf tersebut mengejar dia sambil minta maaf banyak kali. 

Mama pula dah hilang selera sebab rasa bersalah sangat dan kasihan dengan perempuan Cina tadi. Terus dia ajak Ayuni keluar meninggalkan kedai dengan perasaan malu. Ayuni pula rasa tak tahan nak gelak sebab Mama disalah sangka sebagai Cina.


Walaupun mengalami pengalaman yang memalukan di Pulau Ketam Yong Tau Foo, tapi tak dapat dinafikan memang puas hatilah makan sebab yong tau foo dia memang sedap dan saiz set hidangan dia berbaloi dengan harga - satu set boleh dinikmati dua orang makan. Cuma itulah, mereka perlu jaga-jaga supaya chee cheong fun tak lembik.

Makanan di Pulau Ketam Yong Tau Foo berasaskan makanan vegetarian diperbuat daripada tauhu, sayuran dan bebola ikan oleh itu pelanggan tak kira bangsa dan agama semuanya boleh makan di sini. Kecuali bagi pelanggan yang ada alahan terhadap sayur, tauhu, fishcake, fishball dan gandum.

Harga makanan di Pulau Ketam Yong Tau Foo ni boleh tahan murahlah kalau dikira ikut harga KL. Menu dia terdiri daripada set 3-5 keping yong tau foo bermula dari harga RM8.50 dengan pilihan kuah sup, kari atau sos. Boleh pilih nak makan yong tau foo dengan mi, nasi atau chee cheong fun. Kalau beli set yang ada chee cheong fun baru boleh pilih kuah sos. Paling menarik set dia dapat sekali air teh o ais percuma... best kan? Nanti kalau datang ke sini lagi sekali Ayuni nak cuba yong tau foo dengan kuah kari pula.

Siapa yang berminat nak cuba yong tau foo bolehlah pergi ke lokasi tersebut: Nu Sentral (L5.13A & 15), Jalan 5/15, Kuala Lumpur Sentral, 46000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

9 ulasan:

  1. habis yang dihantr kli ke 2 tu kna bayr ke tak ayuni?adoii..igt btl2 free rupanya tersilap hantar..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak kena bayar, sebab pekerja yang tersilap hantar.

      Padam
  2. Mungkin ramai sangat customer, tu yang tersalah hantar. Pekerja tu keliru agaknya.

    BalasPadam
  3. Kesilapan sentiasa berlaku bila melibatkan order. Kalau auni pun rasa bersalah makan order orang lain. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... rasa bersalah amat sangat. Kasihan tengok pelanggan satu lagi tu tunggu lama, muka dia pun nampak marah sebab kelaparan.

      Padam
  4. hihi. mak awak chinese ke? btw, awak same nama dengan saya. saya pun mix chinese gak. tapi sebelah bapak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mak saya bukan Chinese, tapi rupa dia memang macam Chinese XD

      Padam
  5. Favourite ni YTF. Sos kalau boleh nak banjir.
    Kesian kat maknya. Tak pasal2 rasa bersalah pula kan.

    BalasPadam