Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

PERSONAL

National Scarf Day 2019 Mengajak Wanita Mengenakan Hijab Sebagai Tanda Sokongan Kepada Wanita Muslim Tragedi Christchurch


Sempena National Scarf Day pada Jumaat 22 Mac ni ramai kaum wanita di seluruh dunia termasuk Malaysia mengenakan hijab sebagai tanda sokongan kepada golongan Muslim di New Zealand yang baru sahaja melalui trauma dari insiden tembakan pengganas di Masjid Al-Nur di Christchurch minggu lalu. Siapa sangka di sebalik kegelapan kejahatan yang timbul dari kebencian akan lahir cahaya persaudaraan melalui perpaduan.

Di saat makin ramai wanita di Malaysia menggalakkan budaya 'freehair' iaitu membuka tudung di kalangan sesama wanita Muslim di atas nama kebebasan, wanita bukan Muslim di New Zealand pula memakai tudung untuk menghayati erti menjadi wanita Muslim di atas nama penghormatan.


*Tiada tudung biru, namun tetap ingin menyatakan sokongan solidariti kepada mangsa keganasan di Christchurch. Mekap diinspirasi daripada gaya Jacinda Ardern, Perdana Menteri New Zealand ketika beliau menziarahi mangsa insiden tembakan pengganas masjid Al-Nur sambil memakai selendang.

Tentang Ayuni Rafilah

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

5 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.