Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

SPONSORED POST

Kuala Lumpur Convention Centre Meriahkan Buka Puasa Ramadan!


Kuala Lumpur Convention Centre Meriahkan Buka Puasa Ramadan! Memperkenalkan ‘bazar kontemporari’ untuk jamuan korporat dan orang ramai.

Kuala Lumpur Convention Centre (Pusat Konvensyen) akan mendermakan 5% hasil kutipan daripada jamuan berbuka puasa Ramadan pada tahun ini kepada badan-badan amal yang disokongnya selaras dengan wawasannya untuk ‘Mengimarahkan Bulan Ramadan Dengan Semangat Bersedekah’.  

Menu tahun ini merangkumi pelbagai sajian tradisional dan moden yang digabungkan dengan aneka juadah yang menjadi ‘kemestian’ pada bulan Ramadan, antara lain termasuk bukhara Ramadan dihidangkan dengan gulai kawah daging campur bersama kedondong, gulai kawah tulang rusuk kambing bersama ubi kentang, dan gulai kawah ayam kampung bersama pisang muda lemak manis; ayam kampung masak cencaluk; lemak asam telur itik bersama sayur munggai; tembosa dan ubi getok; udang laut dengan Raja durian; dan makanan laut panggang daun pisang ‘ala Portugis’.


Menurut Chef Eksekutif Pusat Konvensyen, Hisham Bin Jaafar, “Kami teruja untuk memperkenalkan konsep ‘bazar kontemporari’ interaktif kepada pelanggan kami, dimeriahkan dengan pelbagai sajian lazat yang disediakan khusus oleh pasukan 52 chef kami yang memenangi anugerah. Suasana santai yang telah diubah suai ke gerai-gerai makanan klasik tepi jalan ‘Chef Action Stations’ digemari ramai menjanjikan pengalaman yang pasti sukar dilupakan oleh pelanggan kami pada bulan Ramadan ini. Chef kami akan memasak makanan ‘jalanan’ kegemaran ramai, seperti barbeku Thai, stimbot, kuetiau goreng Pulau Pinang dan sate ayam dan daging.”


Chef Hisham seterusnya menjelaskan, “Memandangkan kesemua lima dapur masakan Cina, Barat, Sejuk, Pastri dan Melayu Pusat Konvensyen disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), pelanggan kami yang beragama Islam boleh menikmati makanan mereka tanpa waswas. Menjelang Ramadan ini, kami meneruskan usaha untuk kelestarian dengan mendapatkan 70% bekalan bahan masakan dan keperluan dari sumber tempatan.”



Orang ramai dijamin akan mendapat layanan dan perkhidmatan yang cemerlang serta sajian makanan bertaraf 5 bintang apabila menikmati juadah berbuka puasa disediakan untuk orang ramai pada harga RM150 bersih seorang, yang boleh didapati untuk tempahan pada hari biasa antara 8 hingga 31 Mei 2019. Pusat Konvensyen juga menawarkan diskaun 10% kepada orang ramai yang membuat tempahan awal sebelum 30 April 2019. Jadi, pastikan anda membuat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan.


Di samping itu, Pusat Konvensyen menawarkan nilai hebat untuk promosi berbuka puasa korporat (untuk 100 orang dan ke atas), yang disediakan setiap hari sepanjang Ramadan, pada harga serendah RM128 bersih seorang. Dengan dua pilihan menu yang disediakan khusus – Ramadan Al-Mubarak dan Ramadan Al-Kareem – pelanggan mempunyai pilihan untuk memberikan sentuhan peribadi dengan tambahan pelbagai ‘Chef Action Station’.


Menjelaskan tentang menu yang merangkumi aneka sajian lazat, Chef Hisham berkata, “Sebagai tambahan kepada pelbagai masakan klasik Ramadan, kedua-dua menu berbuka puasa untuk korporat dan orang ramai menawarkan pilihan kontemporari dan antarabangsa untuk mereka yang mencari sesuatu yang berlainan. Sajian termasuk pita kebab Arab daging cincang, teriyaki Jepun dan aneka pilihan sushi, ikan panggang Tikka, nasi ayam Hainan dan kambing bakar golek Harissa kami yang tersohor, dihidangkan dengan sos pudina dan sos berempah.”

Memandangkan tempat duduk untuk orang ramai terhad dan tempahan perlu dibuat untuk majlis korporat, sila hubungi +603 2333 2866 untuk pertanyaan umum dan +603 2333 2877 untuk tempahan korporat. Untuk maklumat tentang jamuan berbuka puasa Pusat Konvensyen, sila ke laman www.klccconventioncentre.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:


Nalinie A/P Rajah
Eksekutif Komunikasi Pemasaran dan Perhubungan Awam
Kuala Lumpur Convention Centre
Tel: +603 2333 2888
Faks: +603 2333 2882
E-mel: info@klccconventioncentre.com


Charles Chaplin
TQPR (Malaysia) Sdn Bhd
Tel: +603-6203 4300
Faks: +603-6203 5972
E-mel: charlesc@tqpr.com

Tentang Ayuni Rafilah

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

3 Komen:

  1. aduhh .. tetiba perut rasa lapar.. macam nak terkam je semua ..kikiki =)

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.