Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

REVIEW

Jom Bertoink-Toink Dengan Air Sarang Burung Ecolite Joy Of Life!


Jom bertoink-toink dengan air sarang burung Ecolite Joy Of Life! Apa benda yang toink-toink ni... sebenarnya sekarang dah jadi trend untuk wanita minum air sarang burung untuk mendapatkan kulit yang cantik dan tegang. Minum air sarang burung masa cuaca tengah panas memang sedap, lebih-lebih bila diminum sejuk-sejuk.

Ayuni suka beli air minuman Ecolite Joy Of Life Collagen Bird's Nest Drink dalam botol ni sebab rasa dia boleh layan. Tak terlalu pekat, tak terlalu manis dan tak ada bau renehan sarang burung yang kuat. Selain sarang burung, air minuman ni dicampur dengan kolagen dan gula batu. Peminat air laicikang mesti akan suka minum sebab rasa air sarang burung ni mirip minuman tersebut. Macam jeli kelapa pun ada juga sebab terasa cebisan sarang burung dalam minuman. Agaknya kalau Ayuni amalkan minum air sarang burung Ecolite ni hari-hari kulit boleh jadi anjal macam zaman remaja semula tak?

Ada 4 jenis perisa berlainan - Original, Longan, Aloe Vera, dan Red Date & Wolfberry

Minuman ni mudah didapati pula tu, tak payah nak pergi ke kedai sinseh untuk beli sarang burung lepas tu reneh dalam periuk berjam-jam. Macam botol dalam gambar ni Ayuni beli di 7-Eleven. Harga untuk ebotol RM6.15. Memang murah. Tetapi ada rakan IG kata Guardian sekarang tengah buat promosi sebotol RM4 lebih! Jom serbu Guardian sementara promosi masih ada!

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.