Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

SANTAI

Bina Tandas Untuk Terbang!


Minat dengan upgrade games atau permainan bina taraf? Sukakan tandas yang canggih? Jika ya, maka Potty Racers merupakan game yang sesuai untuk anda!


Potty Racers

Potty Racers merupakan game online yang mencabar kesabaran serta keimanan pemain untuk menerbangkan orang lidi mereka ke seberang sungai dengan menggunakan tandas bergerak. Ya, tandas bergerak. Dengan setiap mata yang dikumpul melalui beberapa cubaan awal, pemain boleh membeli spare part dan teknologi canggih yang diperlukan untuk upgrade tandas bergerak masing-masing sehingga orang lidi berjaya menyeberangi sungai.



Potty Racers 2

Dalam Potty Racer 2 pula, pemain harus cuba mengeluarkan orang lidi daripada sebuah pulau terpencil dengan membina taraf dan menerbangkan tandas bergerak. Ya, tandas bergerak lagi.



Potty Racers 3

Matlamat menaiktaraf tandas bergerak menjadi pesawat terbang lebih mencabar dalam Potty Racers 3 dengan misi-misi pendaratan yang perlu dipenuhi. Sekiranya ada misi tertentu gagal dilaksanakan, pemain akan kena flush ke dalam lautan. 



Potty Racers 4

Dalam Potty Racers 4, anda perlu menangkap bintang tersesat di langit dengan menerbangkan tandas bergerak anda.



Potty Racers 5

Capai misi baru dengan menaiktarafkan tandas bergerak anda sehingga ia bertukar menjadi kapal angkasa. Kalau anda hebat, anda boleh sampai ke bulan.



Game ini disarankan untuk mereka yang hampir mati kebosanan serta yang mengalami stress tahap nak terbangkan tandas di rumah. Sila klik dekat link di bawah ini jika anda salah seorang daripada kategori manusia tersebut:

Tentang Ayuni Rafilah

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.