Tips Untuk Menaikkan Nafsu Makan Anak Kucing
Kebanyakan anak kucing akan mengalami masa-masa dia tidak berselera untuk makan, dan adakalanya dia akan makan terlalu banyak sehingga boleh mengundang penyakit. Jika anak kucing enggan makan lebih daripada 12 jam, ini bermakna ia menghidapi penyakit kronik seperti sakit buah pinggang, penyakit hati atau kanser.
Berikut ialah 10 cara untuk mengembalikan nafsu makan si manja:
Kepelbagaian: Cuba pelbagai jenis makanan kucing yang ada di pasaran bagi memastikan jenis makanan apa yang menjadi kegemaran si manja.
Makanan panas: Panaskan makanan untuk si manja dalam kuali atau ketuhar selama 20 saat bagi membangkitkan rasa makanan agar si manja lebih berselera.
Panggil si manja makan: Goncangkan beg makanan kucing atau perdengarkan bunyi tin makanan kucing kepada si manja agar dia tahu anda ingin ia menjamu selera. Panggil dengan manja atau belai ia perlahan-lahan ke arah mangkuk berisi makanan.
Urutan: Kucing juga suka diurut seperti manusia. Perlahan-lahan urut dan belai si manja pada bahagian kaki, tengkuk dan belakang badannya. Si manja akan berasa dirinya diberi perhatian dan akan bertambah selera untuk makan kerana berasa gembira.
Kehangatan: Kucing yang tiba-tiba kelihatan tidak cergas dan tidak berselera makan berkemungkinan berasa sejuk dan perlu hangatkan diri mereka untuk kembali riang dan berselera. Anda boleh cuba alihkan kucing ke luar rumah dan biarkannya berjemur di bawah matahari.
Zen: Kucing juga perlukan masa untuk bersendirian dan menghayati ketenangan agar perjalanan kehidupan hariannya stabil.
Ruang bebas: Berikan kucing anda ruang untuk bergerak bebas di sekeliling rumah agar ia tidak tertekan dan menjadi lebih terbuka untuk menerima makanan.
Spa rumah: Adakalanya kucing menjadi tidak berselera untuk makan kerana keadaan dirinya yang tidak terurus. Kucing memerlukan tenaga tambahan untuk membersihkan diri dan anak kucing mungkin tidak mempunyai kemahiran cekap untuk membersihkan diri lagi. Oleh itu, bantulah si manja mengemas bulu, kuku, mata dan telinganya. Berikannya spa peribadi dalam rumah.
Perisa: Kucing gemarkan rasa lemak dan garam pada makanan. Tambah sedikit sos berperisa ayam atau daging pada makanan kucing anda, ini akan menimbulkan selera makan si manja lalu mendorongnya untuk menghabiskan semua makanan yang diberikan.
Daging segar: Makanan kucing yang telah diproses banyak dijual dalam pasaran dan dilihat sebagai makanan rutin si manja. Namun begitu, sebagaimana anda bosan dengan hidangan makanan luar hari-hari, begitu juga dengan si manja yang juga akan menjadi bosan dengan makanan kucing yang sama setiap hari. Berikan ia daging ayam atau ikan segar selang berganti dengan makanan biasanya, si manja pasti berasa gembira dan seleranya juga menjadi bertambah sihat. Bagi anak-anak kucing sekitar usia 2 bulan ke atas, anda boleh kisar daging mentah dan berinya makan melalui picagari.
hehe suka tengok anak kucing perot muncit2 tu hehe.. kasi makan kasi depa mok mok =D
ReplyDeleteUntungnya kucing yang dijaga makan minumnya
ReplyDeleteWah, info yang bagus nie kak.. Kat rumah saya nie ada 4 ekor anak kucing, nanti bolehlah dipraktiskan.. Thanks for sharing kak..
ReplyDeleteTerima kasih info yg sgt2 berguna....
ReplyDelete