REVIEW

Sosej Daging Rusa Salai Keluaran Rusamas


Biasanya orang pernah makan sosej diperbuat daripada daging ayam dan lembu. Kali ni Ayuni nak cerita tentang sosej daging rusa yang Ayuni baru beli dari Cold Storage di Sunway Putra Mall. Daging rusa buat jadi sosej... dengar macam pelik, kan?

Ramai yang tak tahu bahawa syarikat Ayamas ada keluarkan produk baru di bawah nama Rusamas. Dah nama pun rusa, maka produk-produk yang dikeluarkan pun diperbuat daripada daging rusa. Antaranya sosej daging rusa salai dan patty burger rusa.


Kebetulan pula Cold Storage ada menjual sosej daging rusa salai Rusamas dekat bahagian makanan beku pada harga promosi, jadi Ayuni tak ketinggalan ingin mencuba sosej daging rusa salai yang jarang ditemui ni. Sosej ni dipek dalam tin silinder dan ada 4 batang sosej dalam setiap tin. Dua perisa berlainan dijual dalam tin berbeza warna - hitam untuk original, merah untuk perisa cili.


Walaupun cuma ada 4 batang sahaja sosej daging rusa salai dalam satu tin, namun makan sebatang sosej saja pun dah mengenyangkan sebab saiznya besar (lebih kurang dua kali ganda lebih besar daripada saiz sosej Ayamas biasa) dan isinya sangat kenyal dan padat. Terasa rempah lada hitam dalam isi daging. Memang puas makan sosej daging rusa salai Rusamas serta berbaloi dengan harganya. 


Sosej daging rusa Rusamas mempunyai sijil tanda halal dan boleh dimakan oleh orang Islam. Golongan penganut Hindu pula disarankan agar tidak membeli sosej daging rusa salai Rusamas ini kerana ia mengandungi lemak lembu.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

4 Komen:

Jannah Ramli said...

Tak pernah lagi cuba daging rusa.

nia emkay said...

Hai! Nia balas kunjungan awak :)

Teringin nak makan daging rusa daripada dulu tapi takut tak kena dengan tekak. Sebabkan dah ada yang keluarkan sosej daging rusa ni bolehlah nia cuba nanti :D

YunFila said...

Ada peluang nanti boleh cuba, sedap juga.

YunFila said...

Nanti boleh cuba bila dah beli, memang sedap.
Terima kasih kerana singgah sini :)

Powered by Blogger.