Nasi Briyani 10 Sen | Peningkatan harga barangan di masa kini menyebabkan ramai rakyat mengeluh apabila mengenangkan nilai harga makanan juga makin naik hingga adakalanya terpaksa mengikat perut demi menjimatkan perbelanjaan. Namun berita baik bagi penduduk Balik Pulau di Pulau Pinang, mereka boleh menikmati hidangan lazat seperti sepinggan nasi briyani yang disaji panas-panas pada harga 10 sen sahaja!
Hidangan berharga tidak masuk akal tersebut boleh didapati di kedai Baen Cafe (Baen Cafe Nasi & Air Free Powerofsedekah) di Jalan Pondok Upeh, Balik Pulau. Menurut empunya kedai, Ibrahim Abdul Rahim, 37, dia ingin meringankan beban orang ramai dengan memastikan bahawa makanan yang dihidang di kedainya mampu dinikmati semua orang pada harga mampu milik.
Di samping nasi briyani, kedai Baen Cafe juga menghidang lauk-pauk yang juga berharga murah-murah berbanding dengan harga di kedai lain. Contohnya kuah kari kepala ikan siakap yang berharga RM5 dan kepingan ayam berharga RM3.50.
Air minuman seperti kopi, teh dan sirap juga dijual pada harga 10 sen.
Setiap hari dari jam 9 pagi hingga petang Baen Cafe dikunjungi lebih 400 orang pelanggan yang datang untuk merasai nasi briyani 10 sen masakannya.
3 Komen:
Rasa ada baca tentang nasi 10 sen ni. Tak sangka masih ada yang jual makanan dengan harga semurah ni.
Ada kemungkinan dia jual pada harga tu dengan tujuan untuk bersedekah kepada orang ramai. Semoga murah rezekinya.
wow murahnyaaaaa!
Post a Comment