FREEBIES

Dah Cuba 4FINGERS Crispy Chicken Punya Firecracker Chicken?


Dah Cuba 4FINGERS Crispy Chicken Punya Firecracker Chicken? | Dah cuba 4FINGERS Crispy Chicken dengan menu baru mereka Firecracker Sauce Chicken? Ayuni dah rasa firecracker chicken yang limited edition ni, memang sedap.

Mula-mula pergi ke 4Fingers Crispy Chicken di Sogo untuk tebus kupon Firecracker Sauce Chicken, tetapi staf dia kata mereka tak buat hidangan promosi pada hari minggu. Padahal dalam kupon tak tulis pun kena tebus pada hari biasa. Ayuni pun pergi ke 4Fingers Crispy Chicken di Nu Sentral setengah jam selepas tu, boleh pula tebus kupon pada hari tu. 

Dapatlah merasa Firecracker Sauce Chicken yang panas dengan gembiranya...

Walaupun namanya firecracker, dia bukan guna serbuk mercun ya tapi mala spice. Rasa ayam dia memang meletopz!

Jom terjah 4Fingers Chicken cuti-cuti ni. Nah, Ayuni share kupon untuk mendapatkan 2 ketul ayam firecracker percuma. Tunjuk saja di kaunter untuk redeem, okey!

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

2 Komen:

Jannah Ramli said...

Belum cuba lagi. Memang ada kat KL je ke?

YunFila said...

Negeri-negeri yang buka cawangan 4Fingers Crispy Chicken pun ada.

Powered by Blogger.