Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

BERITA

Ugut Pegawai JPJ Dengan Pisau Gara-Gara Gagal Ujian Memandu


Ugut Pegawai JPJ Dengan Pisau Gara-Gara Gagal Ujian Memandu | Pengalaman mengambil ujian memandu sudah semestinya tidak dapat dilupakan oleh semua orang yang pernah melaluinya. Bagi pegawai JPJ ini, ia merupakan pengalaman yang paling mengejutkan sekaligus mengerikan baginya apabila salah seorang calon ujian memandu meletakkan pisau di bawah rusuk kanannya!

Kejadian berlaku di Nilai apabila seorang pemuda berusia 18 tahun sedang menjalani ujian memandu di jalanraya awam di bawah pemerhatian pegawai JPJ tersebut. Sebaik sahaja mereka tiba di sebuah simpang di Batang Benar, Mantin, pemuda itu diarah memberhentikan kereta di tepi jalan kerana telah melakukan banyak kesilapan pemanduan di sepanjang perjalanan.


Tanpa disangka-sangka oleh pegawai JPJ malang itu, pemuda tersebut mengeluarkan sebilah pisau berukuran 30cm lalu mengacah pisau itu ke bawah rusuk kanannya sambil meminta agar dia diluluskan dalam ujian. Rupa-rupanya pemuda tersebut telah gagal dalam ujian memandu sebanyak 4 kali sebelum ini.

Mujur pegawai JPJ itu sempat membuka pintu kereta lalu melarikan diri.

Pemuda yang terdesak untuk lulus dalam ujian memandu itu kini ditahan oleh pihak polis atas kesalahan melakukan ugutan bunuh. Dia didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.


Moral kes ini, sila jangan ugut nak bunuh pegawai JPJ yang bertugas jika anda ingin lulus ujian memandu.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.