Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

SANTAI

Tips Untuk Menjadi Orang Yang Sentiasa Diingati

Tips Untuk Menjadi Orang Yang Sentiasa Diingati | Anda berasa sunyi? Sentiasa dilupakan? Tidak pernah dihiraukan? Ingin menjadi orang yang sentiasa dicari-cari dan diingati? 

Jangan risau... seperti biasa, Ayuni mempunyai tips berkesan yang boleh anda kongsi bersama rakan-rakan!

BAGAIMANA HENDAK JADI ORANG YANG DIINGATI 
DALAM 5 LANGKAH YANG MUDAH

1. Pergi ke bank.
2. Buat pinjaman peribadi atau pinjaman rumah/kereta.
3. Untuk yang tak layak meminjam dari bank, sila pinjam dari rakan yang dikenali.
3. Selepas berjaya dapat duit pinjaman, pergi berjoli sakan sampai tak ingat dunia.
4. Jangan bayar balik hutang pinjaman kepada bank/rakan langsung.
5. Bersedialah untuk menjadi orang yang sentiasa diingati dan dicari oleh pihak bank, gengster tarik kereta, serta jin-jin yang dihantar bomoh.


Tentang Ayuni Rafilah

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

3 Komen:

  1. Seriusnya tajuk. nak tahu da apa tips. bila baca, hahaha lucu~! Tapi itulah yang orang selalu cakap

    Saya follow sini #578

    BalasPadam
  2. hahaha serious jeee baca ni haa tengok2 adeh =D

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.