Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

LIFESTYLE

Rahsia Di Sebalik Bunga Clematis


Rahsia Di Sebalik Bunga Clematis | Ini adalah bunga Clematis baka Duchess of Edinburgh. Selain daripada Duchess of Edinburgh, ada 300 spesis baka bunga Clematis yang lain tetapi Ayuni paling gemar baka ini. Ia mula ditanam secara komersil di England sejak era 1800-an. Ayuni suka bunga ini kerana warna kelopaknya yang putih membawa ketenangan dan jumlah kelopak yang banyak mengingatkan Ayuni kepada persoalan-persoalan yang difikirkan oleh seorang manusia dalam setiap detik kehidupan yang dilaluinya. 


Bunga Clematis tidak berbunga sepanjang masa, ia cuma mekar pada waktu tertentu. Mungkin bagi kebanyakan orang bunga Clematis tidak cantik dan tidak dikenali seperti bunga mawar, namun ia pernah menjadi salah satu bunga kegemaran Ratu Elizabeth I (1563 - 1603) dan banyak menghiasi taman-taman diraja di United Kingdom sehingga kini. Pokok bunga Clematis juga dikenali sebagai ratu kepada segala pokok menjalar.


Bunga Clematis adalah simbol kepada keindahan akal (mental beauty). Adakalanya ia membawa erti "kecerdikan", "kepintaran" atau "helah".

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

1 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.