Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

Pengalaman Membeli Periuk Elba Multi Cooker Melalui CJ WOW Shop


Pengalaman Membeli Periuk Elba Multi Cooker Melalui CJ WOW Shop | Sesiapa yang ada mak atau mengenali mak-mak yang suka menonton rancangan CJ WOW Shop pasti tahu betapa bahayanya pukauan CJ WOW Shop. Salah seorang penonton tegar CJ WOW Shop ialah mama Ayuni dan setiap kali ada produk yang menarik minatnya untuk membeli, pasti dia akan menelefon Ayuni.

Penulisan kali ni ini ialah sambungan kepada entri lepas: Hebatnya Penangan CJ WOW Shop. Baru-baru ini mama ternampak periuk Elba Multi Cooker EMC-F4316 dijual pada harga diskaun dari RM159 jadi RM129 dalam CJ WOW Shop. Tawaran tu hanya untuk satu hari saja. Jadi cepat-cepatlah mama telefon Ayuni suruh beli masa tu juga.

Maka Ayuni pun menurut perintah mama dengan membuat pesanan berbayar untuk periuk Elba Multi Cooker pada hari yang sama, sebab kalau tak mama akan telefon Ayuni bertubi-tubi sepanjang hari untuk mengingatkan supaya buat pesanan.


Penantian penuh dugaan

Masuk laman web rasmi CJ WOW Shop, klik pada barang yang dikehendaki, klik masuk ke dalam troli, klik daftar keluar, daftar masuk ke bank yang digunakan untuk pembayaran melalui FPX, isi butiran pembayaran, tunggu nombor TAC, masukkan nombor TAC, klik pengesahan bayaran, selesai transaksi. Mudah, kan?

Memang mudah. Tetapi buat masa beberapa hari berikutnya rasa nak tarik rambut jugalah. Dah lebih 5 hari selepas membuat pembelian, status penghantaran tak gerak-gerak langsung. Sampai Ayuni dah balik semula ke Kuala Lumpur dari Kuantan di hujung minggu tu pun tengok penghantaran tak bermula lagi, masih betulis Ready To Ship. Mama pun dah bising mana pergi periuk idamannya tu.

Menyesal pula tak buat pembelian secara COD, sekurang-kurangnya tak adalah rasa risau sangat bila barang tak dihantar. Dah dekat nak masuk 2 minggu tengok status tak berubah, Ayuni pun hantar e-mail ke bantuan khidmat pelanggan CJ WOW Shop untuk bertanyakan status penghantaran periuk Elba Multi Cooker tu. Tak ada balasan. Lepas tu Ayuni telefon talian mereka untuk membuat pertanyaan bila nak hantar barang. Tak membantu sangat, apa yang Ayuni diberitahu hanyalah masa penghantaran CJ WOW Shop ialah dalam 3-5 hari bekerja. Kemudian Ayuni cari Facebook rasmi CJ WOW Shop dan hantar mesej pertanyaan sambil membuat aduan tentang status penghantaran. Tak ada balasan juga.


Masuk minggu kedua selepas tarikh pembelian Ayuni dah mula rasa nak klik 'Cancel Order'. Dahlah kebetulan Ayuni ternampak periuk yang sama pada harga lebih murah di luar semasa sedang membeli-belah dengan mama. Sakitnya hati bila mengenangkan barang tak sampai-sampai lagi. Dah mula rasa nak menggelar CJ WOW Shop sebagai Siput WOW Shop. Mama suruh Ayuni bersabar dan tunggu dulu. Mungkin penghantaran lambat disebabkan musim 11.11 Sales dan pihak pengurusan terima banyak order, kata mama. Ayuni pun biarkan dulu memandangkan pada masa tu Ayuni tengah sibuk nak berangkat ke Negeri Sembilan sebab ada hal di sana.

Alangkah geramnya bila dapat tahu courier CJ WOW Shop tiba-tiba baru keluar nak hantar barang ketika Ayuni dalam perjalanan ke Negeri Sembilan! Tak ada notis pun, courier cuma call saja. Seperti yang ramai orang yang tahu dan kenal perangai Ayuni, disebabkan pernah terkena dengan scammer pada masa lalu Ayuni tak akan angkat panggilan dari nombor tak dikenali hingga pemanggil hantar mesej melalui SMS/WhatsApp. Baru Ayuni akan hubungi pemanggil semula. Ada seorang staf courier Ninja Van tu pun dah biasa dengan cara Ayuni dan dia akan mesej Ayuni bila tak berjaya call. Bila cek balik akaun My Zone dalam dashboard CJ WOW Shop, periuk tersebut dah dihantar semula ke gudang. Yang peliknya kenapa courier tu tak cuba panggil orang dalam rumah? Masa tu ada orang dalam rumah, Ayuni merantau sendiri ke Negeri Sembilan dengan keretapi jadi ayah tinggal di rumah sepanjang hari. Esoknya Ayuni dah terpaksa terus balik ke Kuantan, tak singgah Kuala Lumpur langsung. Sambil balik tu sambil berharap courier datang semula hantar barang ke rumah.

Terima barang akhirnya

Dua hari selepas tu masa Ayuni dah kembali berada di Kuantan, baru terima panggilan dari nombor tak dikenali. Ayuni terpaksa memberanikan diri juga menjawab panggilan dan nasib baik yang angkat tu sebut dia dari CJ WOW Shop. Rupa-rupanya courier tak jumpa rumah. Ayuni bagi dia arah jalan ke rumah. Kemudian Ayuni telefon ayah minta dia berdiri depan rumah untuk sambut barang, sambil ingatkan dia untuk gantung papan tanda bertulis alamat rumah sebesar gajah depan pintu rumah. Entah apa manderam kedai makan sebelah tu letak sampai rumah kami ghaib dari pandangan manusia. Rumah tu satu-satunya bangunan yang ada berdiri di hujung jalan sebelum balai penghulu dan yang hairannya orang ramai tak nampak rumah tu walaupun betul-betul di depan mata mereka.


Akhirnya sampai juga periuk Elba Multi Cooker EMC-F4316 5L yang telah lama dinantikan. Mama sangat berpuas hati dengan keadaan periuk yang sampai. Dia hantar gambar pada Ayuni di pejabat, nampak cantik juga rekabentuk periuk tu siap dengan penutup kaca dan dulang pengukus. Padanlah mama tertarik tengok. Nasib baik komponen dan kabel semua lengkap, risau sebab baru terdengar kawan cerita ada orang beli dari CJ WOW Shop terima barang tak cukup komponen. Ruang dalam periuk besar, periuk dia jenis tak melekat. Pada malam Ayuni balik semula ke Kuala Lumpur Jumaat lepas, mama dah siap buat nasi beriyani guna periuk tu. Hasilnya memang menjadi dan sedap.

Ayuni pun mencuba sendiri periuk tu dengan memasak ketam goreng dan ikan bawal kukus untuk makan tengahari semalam. Okey, puas hati guna produk yang diterima. Fungsi periuk ni 6 dalam 1, jadi boleh digunakan untuk menggoreng, mengukus, merebus, buat steamboat dan hotpot, serta memanaskan makanan. Tapi kalau nak guna untuk tanak nasi tak sesuailah.


Mama tak serik

Hilang dah kemarahan terhadap CJ WOW Shop selepas tu. Kalau tak dah nekad nak haramkan channel CJ WOW Shop daripada ditonton oleh mama.

Sekarang mama minta Ayuni belikan dia telefon pintar yang dia lihat dalam CJ WOW Shop pula. Bukan satu, tapi dua buah telefon pintar. Mama kata mesti beli sebab dapat free gift sekali. Katanya bayar terus, jangan buat COD. Kepala pening lagi. Mari kita saksikan sesi unboxing seterusnya oleh mama nanti...

Laju pula status penghantaran dikemaskini kali ini. Baru 3 hari dah On Delivery. Mungkin betul juga apa mama kata tentang kelewatan penghantaran barang sebelum ni disebabkan oleh musim Sales 11.11 tempoh hari.


Kalau berminat nak tengok barang lain apa lagi yang CJ WOW Shop jual dan promosi yang mereka ada, boleh pergi ke link ini: https://www.cjwowshop.com.my

2 ulasan:

  1. Mungkin betul penangan sales 11.11 aritu semua kurier jammed. Mujurlah barang sampai kan kak. Nampaknya lepas ni kalau ada sales besar-besaran macam ni guna cod je la. Bila barang tak sampai takde rasa ralat sangat kan...

    BalasPadam
  2. memang jem kurier time sales 11-11 tu. ada barang saya pun lambat dapat

    BalasPadam