Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

SOSIAL

Ini Nak Berniaga Ke Nak Membunuh Orang?


Ini Nak Berniaga Ke Nak Membunuh Orang? | Jijik dan menakutkan! Itulah reaksi majoriti netizen apabila mendapat tahu tentang sebuah premis makanan yang menyediakan minuman dalam tin susu terpakai dan berkarat kepada pelanggan.

Kedengaran seperti tak lojik tetapi itulah yang sedang berlaku sekarang di sebuah premis makanan dalam kawasan perumahan flat bertempat di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Peniaga di premis tersebut menghidangkan minuman kopi dan teh tarik dalam bekas tin-tin susu terbuang. Tindakan peniaga itu mengundang kecaman ramai netizen yang mempertikaikan tahap kebersihan serta keselamatan bekas tin yang digunakan.


Malangnya ada segelintir netizen yang tidak mempedulikan tentang kemudaratan yang boleh datang akibat menggunakan bekas tin terbuang bagi menggantikan gelas. Malah mereka mempromosikan hidangan minuman daripada bekas tin terbuang itu di media sosial sambil mengajak orang ramai untuk cuba minum di situ. 


Melihatkan rupa keadaan kawasan perumahan flat tersebut yang sangat sempit dan kotor juga sudah menampakkan ciri-ciri kurangnya keprihatinan penduduk setempat di sana tentang kebersihan dan keselamatan.


Mungkin disebabkan kehidupan daif golongan penduduk sekitar kawasan flat tersebut yang sudah biasa hidup dalam keadaan kotor dan tidak terjaga, maka mereka mudah menerima gaya hidup minum daripada tin susu yang terbuang dan berkarat walaupun ianya berbahaya dan menjijikkan.


Selain daripada mengundang bahaya yang boleh mengakibatkan kecederaan pada pelanggan, bekas minuman yang diperbuat daripada tin-tin susu terbuang tersebut dikhuatiri berpotensi menyebabkan penyakit kancing gigi (tetanus), kencing tikus, dan kanser kepada orang awam yang menjadi pelanggan kedai tersebut. 

Diharap pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan dapat membuat lawatan ke premis makanan tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya demi keselamatan orang ramai.

Penafian oleh Ayuni Rafilah

Segala penulisan yang dikongsi dalam blog ini merupakan pendapat peribadi milik penulis semata-mata yang telah ditapis mengikut garis panduan Akta Hasutan 1949, Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Semua pendapat yang ditulis dalam blog ini tidak mewakili pendapat mana-mana pertubuhan, jenama dan parti politik.

2 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.