Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

BERITA

Dakwaan Bomba Dibelasah Perusuh Kuil Palsu?


Dakwaan Bomba Dibelasah Perusuh Kuil Palsu? | Awal pagi semalam seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, cedera manakala jentera dinaiki turut dirosakkan kumpulan perusuh yang berhimpun di hadapan kuil tersebut. Muhammad Adib yang dilaporkan cedera parah dan tidak sedarkan diri dipercayai patah tulang rusuk serta beberapa kecederaan dalaman.

Beliau merupakan sebahagian daripada sekumpulan sembilan anggota bomba yang bergegas ke lokasi kejadian kebakaran di Kuil Sri Maha Mariamman Seafield di USJ 25, di mana sekumpulan perusuh membantah mengenai penempatan semula kuil tersebut.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, mangsa, Muhammad Adib ditarik keluar dari tempat duduk hadapan penumpang EMRS sebelum dipukul kumpulan perusuh tersebut. Namun begitu Setiausaha Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman, VK Ragu mendakwa anggota bomba tersebut dilanggar ketika jentera bomba berundur daripada operasi pemadaman. 

“Anggota tersebut tidak dipukul, malah kami yang berada disitu membantu mengeluarkannnya,” ujarnya.

Menurut Ragu, pihaknya mempunyai bukti video rakaman tersebut dan menganggap insiden itu tidak melibatkan isu perkauman. Ketika ditanya mengenai kesan lebam di badan anggota tersebut, Ragu memberitahu itu adalah kesan daripada kemalangan tersebut.

Muhammad Adib dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) SJMC selepas cedera ketika bertugas. Keadaan anggota bomba yang pada mulanya tiba ke pusat rawatan dalam keadaan nazak tersebut kini dilaporkan bertambah baik.

Pengikut Kuil Dakwa Anggota Bomba Dilanggar Trak

Setiausaha Badan Bertindak Kuil, VK Ragu mendakwa anggota bomba yang cedera dalam insiden rusuhan di hadapan kuil berkenaan pada awal pagi semalam adalah disebabkan kemalangan jalan raya. Ragu mendakwa kecederaan dialami anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dalam insiden kekecohan di kuil itu awal pagi semalam adalah akibat tersepit dan bukannya dipukul.


Ragu berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila jentera bomba mengundurkan kenderaannya dengan laju sebelum sekumpulan individu menjerit memberitahu ada seseorang di belakang.

“Tindakan mereka mengetuk cermin adalah untuk memberitahu ada seseorang di belakang namun jentera bomba berkenaan mengundur dengan laju.

“Anggota bomba terbabit bukan dipukul sebaliknya dilanggar jentera bomba ketika mengundur malah kami yang berada disitu untuk membantu mengeluarkannnya ,”katanya ketika sidang akhbar di Kuil Sri Maha Mariamman di sini hari ini.



V. K. Regu berkata, pihaknya mempunyai rakaman video yang menunjukkan orang ramai ketika itu membantu mengeluarkan mangsa Muhammad Adib Mohd Kassim yang tersepit sebagai bukti berhubung kejadian itu namun tidak membuat laporan polis kerana video tersebut telah diberikan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Bukan Ahmad Adib Yang Berdiri Belakang Trak Bomba



Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Mohammad Hamdan Wahid menjelaskan individu yang berdiri di belakang jentera bomba dalam video yang tular adalah Hazim, 31, bukannya Muhammad Adib yang cedera akibat diserang perusuh. Hamdan berkata Hazim yang bertugas di Balai Bomba Subang Jaya terselamat dalam kejadian itu.


Salah seorang daripada lapan anggota yang ditugaskan, Mohd Hazim Mohd Rahimi berkata pasukannya memang telah diserang perusuh.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, tugas saya untuk turun daripada jentera dan terus ke tempat simpanan salur bantu mula (hose reel). Jika kebakaran di sebelah kiri, saya akan tuju tempat simpanan di sebelah kiri untuk memadam api. Tapi belum sempat keluar, kami sudah diserang. Saya terus lari dan masuk ke dalam jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) di belakang jentera Fire Rescue Tender (FRT)," katanya dalam sidang media di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur, hari ini.

Ktanya lagi, pintu jentera EMRS itu turut diserang sehingga tercabut, dan kini menjadi sebahagian bahan bukti polis.

Penafian oleh Ayuni Rafilah

Segala penulisan yang dikongsi dalam blog ini merupakan pendapat peribadi milik penulis semata-mata yang telah ditapis mengikut garis panduan Akta Hasutan 1949, Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Semua pendapat yang ditulis dalam blog ini tidak mewakili pendapat mana-mana pertubuhan, jenama dan parti politik.

1 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.