RESIPI

Resipi Kuih Ube Halaya


Resipi Kuih Ube Halaya | Jom cuba buat kuih ube halaya yang berasaskan ubi keladi ni. Resipinya cukup mudah dan ringkas, sesuai dimakan sebagai dessert yang lazat bersama keluarga.

BAHAN-BAHAN:

2 ½ kg ubi keladi
2 tin susu pekat manis
2 tin susu isian sejat
2 cawan gula perang
200 g mentega
2-3 titik esen vanilla
Sedikit hirisan keju (untuk hiasan)
1 periuk air

*kalau nak rasa asli, boleh gantikan mentega dan susu isian sejat dengan santan.

CARA PENYEDIAAN:

Rebus ubi keladi selama 30-45 minit

Angkat dan biarkan sejuk sebentar dalam bekas lain

Kupas kulit ubi keladi dan parut isi ubi halus-halus 

Campurkan gula perang dengan isi ubi keladi yang telah diparut tadi dan gaul.

Kemudian masukkan esen vanilla, susu pekat manis serta susu isian sejat dan 
terus kacau sehingga sebati.

Panaskan kuali dengan api sederhana. Masukkan mentega dan biar cair.

Tuang bahan-bahan yang digaul tadi ke dalam kuali berisi mentega cair. Kacau dengan senduk.

Kacau sampai likat atau sehingga mencapai tekstur yang diinginkan

Biarkan sejuk dalam peti ais, kemudian taburkan hirisan keju di atasnya

Ube halaya yang dah siap (tanpa hirisan keju)

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

2 Komen:

Qiya Saad berkata...

Qiya tak pernah lagi makan ube halaya ni. Nampak pelik sikit tapi nacam yummy jugak. Resepi pun simple je. Kena salin resepi ni... hehe

YunFila berkata...

Sedap ube halaya ni, manis lemak berkrim... ada setengah versi ube dibuat jadi kek dan aiskrim.

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.