EVENT

Tales Of The Moonlight Di Sunway Putra Mall

Tales Of The Moonlight Di Sunway Putra Mall | Ayuni baru singgah di Sunway Putra Mall dan ternampak ribuan kertas origami berbentuk arnab terdiri daripada pelbagai saiz dan warna disusun rapi di sekitar kawasan Concourse aras 1 bangunan. Mula-mula tertanya juga apa motif Sunway Putra Mall meletakkan arnab-arnab origami di sini?

Ribuan arnab origami disusun rapi di sekeliling tanglung berwarna-warni dan sebuah pagoda yang tinggi. Terasa bagai berada di zaman ketamadunan China klasik, lebih-lebih lagi bila kedengaran irama ehru dimainkan sebagai muzik latarbelakang.

Rupa-rupanya sebanyak 8,888 ekor arnab origami ini dilipat dan disumbang oleh 800 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelajar sekolah dan kolej termasuk St. John’s Institution, SMK Subang Utama, Taylor’s University (Lakeside campus), Sekolah Kebangsaan Taman Sri Gombak, Sunway College dan anak-anak Yayasan Chow Kit. Himpunan arnab origami ini dibuat berdasarkan mitos Cina tentang seekor arnab yang tinggal di bulan dan membuat ubat untuk Dewi Bulan, serta sempena meraikan ketibaan musim luruh. Sepanjang musim luruh, Pesta Kuih Bulan dan Pesta Tanglung disambut di kalangan kaum Cina. Apa yang menarik ialah Sunway Putra Mall telah mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book of Records bagi jumlah bilangan arnab origami yang terbesar.

Dewi Bulan Chang'E dalam mitos Cina bersama arnab peliharaannya yang bertugas membuat ubat agar dewi tersebut memiliki kehidupan abadi. Dalam versi Jepun dan Korea pula, tugas arnab bulan ialah membuat kuih beras.

Pemandangan himpunan arnab origami dari atas

FREEBIES!

Sempena perayaan Kuih Bulan dan Pesta Tanglung dari 6 hingga 24 September ini, Sunway Putra Mall akan memberikan kuih bulan dan tanglung percuma kepada 250 pengunjung pertama yang mendaftar sebagai peserta Perarakan Tanglung yang akan diadakan pada 22 September 2018.

Antara aktiviti yang sedang dan akan berlangsung di Sunway Putra Mall:


Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.