PERSONAL

Orang Bebal Sikapnya Angkuh


Orang Bebal Sikapnya Angkuh | Orang yang angkuh menganggap dirinya lebih baik dari segi ilmu, harta, rupa, akhlak, rezeki dan sebagainya daripada orang lain. Orang angkuh biasanya menuntut penghormatan serta perhatian yang berlebihan, namun mereka akan memperlakukan orang lain secara tidak hormat dan hina. Keangkuhan membuat seseorang mabuk dengan ego, sehingga dia hilang kerasionalan untuk mendengar dan menimbangtara nasihat oleh orang lain.

Keangkuhan hanya menempah jalan menuju kehancuran. Sejarah silam banyak mengisahkan raja-raja yang baik akhirnya bertukar angkuh setelah menjadi berkuasa sehingga mempengaruhi rakyat mereka yang membenarkan dan menyokong sikap angkuh raja mereka. Allah seterusnya menurunkan bala kepada raja dan rakyat tersebut. Antara contoh ialah kisah Raja Azaria dari kerajaan Yehuda yang diberikan keagungan oleh Allah, namun lama-kelamaan Raja Azaria menjadi angkuh dengan kekuasannya lalu menolak hukum Allah satu-persatu dalam pemerintahan. Dia menolak ajaran serta nasihat para ahli agama di kerajaannya, lalu mengambilalih tugas mereka kerana merasakan ilmunya lebih tinggi daripada ahli agama. Raja Azaria kemudian menghidapi sakit kusta dan negaranya dilanda gempa bumi yang dahsyat.

Orang yang mencapai tahap kemasyhuran atau reputasi yang luar biasa semasa mereka masih hidup sering disebut “legenda dalam masa mereka.” Namun ramai orang yang ditemui hanya “legenda dalam fikiran mereka sendiri.” Kebanggaan memutarbelitkan cara seseorang melihat dirinya, sehingga lalai menyedari bahawa kerendahan hati yang sebenar mampu membuka mata hatinya kepada realiti. Maka ubat kepada hati yang tidak sedar diri ialah sifat merendah diri.

Setiap apa yang diberikan oleh Allah merupakan ujian. Apabila seseorang menjadi angkuh dengan apa yang mereka miliki, mereka telah gagal dalam ujian tersebut. Orang-orang yang berjaya meraih harta benda, menjawat pangkat tinggi, menyandang profesion mulia, membina keluarga bahagia, menimba ilmu hingga ke luar negara, mempunyai kehidupan ringkas dan selesa, memegang tampuk kepimpinan, mempunyai kesihatan sempurna, menjadi pujaan ramai atau sebagainya tidak semestinya bermakna mereka itu orang paling pandai dalam dunia ini. Apabila mereka gagal dalam ujian yang Allah beri dengan memperlekehkan orang lain akibat merasa mereka lebih baik, merekalah orang yang bebal sebenarnya. Mereka bebal kerana gagal menyedari bahawa mereka tidak akan boleh membawa bersama apa yang Allah telah berikan kepada mereka ke kubur. Segalanya hanya pinjaman semata-mata.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

2 Komen:

Siti Yang Menaip said...

spesis macam ni rasa they have the control over everything coz diorang ada duit. Ya Allah semoga diberikan hidayah. sedih kan tengok..

MiYOKO SuKi said...

sebab dorang KAYA, da lupa diri tuuu

KOMEN TERBARU

Powered by Blogger.