Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

PERSONAL

Kes Songlap Dan Komen FAIL


Kes Songlap Dan Komen FAIL | Dalam tahun 2018 sahaja Ayuni dah terserempak dengan 3 laporan kes penyonglapan wang syarikat yang dilakukan oleh golongan kerani yang kebanyakannya terdiri daripada kaum wanita di serata Malaysia:

  • [7 Februari] LIMBANG, SARAWAK - Seorang kerani bank menyonglap wang berjumlah RM53,870 daripada akaun milik pelanggan.
  • [20 Ogos] KUANTAN, PAHANG - Seorang kerani menggelapkan duit jualan kad prabayar sebanyak RM16,903.
  • [29 Ogos] KOTA BHARU, KELANTAN - Seorang kerani akaun sebuah syarikat produk kecantikan didakwa menyembunyikan transaksi melalui cek berjumlah RM35,759.30 ke dalam akaun bank miliknya.

Tetapi rasanya tiada lagi yang masih dapat mengalahkan kes kerani Mahkamah Tinggi Ipoh yang didakwa menyonglap RM1.5 juta duit denda mahkamah di Ipoh, Perak pada tahun 2014. Apa yang menarik ialah kerani wanita tersebut pernah digelar staf contoh di kalangan kakitangan awam kerana tidak pernah mengambil waktu rehat makan tengah hari atau cuti tahunan. Tugas kerani itu ialah mengutip wang daripada pesalah yang didapati bersalah oleh mahkamah dan didenda. Rakan sekerjanya memberitahu polis bahawa kerani itu tidak pernah meninggalkan mejanya, walaupun ketika rehat makan tengah hari dan kelihatan sangat rajin. Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu...

Nak dijadikan cerita, semasa Ayuni membaca berita kes terbaru berkaitan kegiatan songlap wang dalam dana yang tak dituntut mangsa oleh seorang kerani wanita dalam timeline Facebook, terjumpa pula komen yang mencuit hati ini daripada salah seorang pembaca lain. Mungkin dia nak marah  tetapi tak kena pula komen. Tak tahu nak gelak atau nak menangis membaca reaksinya.



Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

1 Komen:

Umi Nazrah berkata...

hehehehhehe kesian jugak ke dia. sepatutnya dia kena selidik juga la kenapa orang komen pasal sabun jatuh pada post penjara. dan jangan la hentam keromo komen macam tu kalau tak tahu :D

Dikuasakan oleh Blogger.