EVENT

Halfest Giant 2018 (26-30 September) Di MIECC


Halfest Giant 2018 (26-30 September) Di MIECC | Pesta Halal Malaysia Giant (Halfest Giant) 2018 kini berlangsung pada 26 hingga 30 September ini dan dibuka kepada orang ramai pada jam 11 pagi hingga 9 malam.  Pesta ini dijangka dikunjungi kira-kira 150,000 pengunjung hasil pelbagai pembaharuan yang diperkenalkan sambil menawarkan harga terendah produk halal bagi membantu pengguna menangani peningkatan kos sara hidup.

Tahun ini Halfest Giant dianjurkan oleh Shapers Malaysia Sdn Bhd (Shapers Malaysia), pengendali Pasaraya Besar Giant, GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd (GCH Retail), bersama Country Heights Holdings Berhad dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Jualan Gudang Halfest Giant Super Berbaloi yang merupakan antara tarikan pada penganjuran ekspo halal terbesar Malaysia, Halfest Giant dijangka dapat menarik sehingga 100,000 pengunjung pada kali ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Shapers Malaysia, Datuk Mohd Shukri Abdullah berkata, Halfest Giant 2018 memasuki edisi ketujuh akan disertai Giant sebagai penganjur bersama bagi memastikan acara tahunan itu dianjurkan dengan lebih baik pada tahun ini. Menurutnya, Halfest Giant 2018 akan menempatkan 677 ruang pameran dengan anggaran 500 pempamer terdiri daripada jenama runcit besar, usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pelbagai institusi kewangan dan syarikat takaful.  

Majlis pelancaran Halfest Giant disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kepenggunaan dan Pengurusan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Muez Abd. Aziz dan turut dihadiri Pengerusi GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd., Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja’afar.




Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.